Monday, January 7, 2013

Bukan milik kita sebenarnya...

Ramai yang tidak sedar dan lalai, selama ini berkat yang kita terima. Keberkatan yang berpanjangan, keberkatan yang telah diberikan dan akan diberikan.
Malah, Adam atau manusia ini masih lagi tidak sedar dengan memohon keberkatan itu dan ini. Janji Allah SWT tetap akan memberikannya, sama ada cara cepat dan cara lama. Namun, jika sesuatu itu diperlambatkan, kita cepat melatah dan mengadu kepadaNYA kenapa semua ini terjadi.
Lupa pula Adam ini?, lupa pula kita siapa sebenarnya kita disisi DIA. DIA adalah pengurus kita, dan kita tidak sedar diri sebagai hambaNYA pandai-pandai memohon macam-macam.
Memang Adam tidak sedar diri, sebab yang dipandang sekarang pun bukan milik Adam, tapi milik DIA.
Namun masih lagi mengatakan, pinjaman Allah SWT kepada Adam. Terus terang sajalah, semua bukan milik kita, dan ini bukan pinjaman, memang kenyataannya bukan milik kita.
Jadi? janganlah temberang dan egois wahai ADAM.

Keghairahan?



Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Satu ilham illahi yang memutuskan seseorang daripada dunia dan kurniaan atas seseorang akan kenyataan atau cermin sifat-sifat Tuhan, menampakkan kepada seseorang keEsaan Ilahi, lebih baik daripada pengalaman dunia dan akhirat. Dan "Orang yang tidak mengalami zauk (keghairahan) yang daripadanya menerima kenyataan makrifat Ilahi dan yang hak adalah tidak hidup.
Junaid al-Baghdadi berkata, "Bila zauk (keghairahan) bertemu dengan kenyataan Ilahi di dalam diri seseorang, dia iut berada di dalam keadaan samada kelazatan yang amat sangat atau keharuman yang mendalam".

Tuesday, July 31, 2012

LALAI

Pada permulaan mengenal Allah SWT secara ilmiah adalah senang, ambil kitab yang menceritakan soal-soal ketuhanan, sifat 20, maka akan kenallah kita sifat-sifatNYA, ataupun dengan membaca kitab yang berkaitan 99 nama Allah (asma'uhusna), maka akan tahulah sifat-sifat Allah.
Tetapi untuk mengenal Allah secara pasti, adalah suatu pengalaman yang cukup rumit dan payah sekali. Dan jarang sekali topik ini akan dibincangkan secara terbuka, kerana bimbang dan khuatir akan disalah ertikan kerana boleh membawa FITNAH besar.
Arafah 2008. Sebenarnya DIA ada di mana-mana,meliputi.
Ramai orang yang mengaku (macam kami) beragama ISLAM, dan berkalimah syahadat mengakui Muhammad sebagai Rasulnya dan tiada Tuhan lain melainkan Allah. 
Namun bila ditanya dan diminta diperjelaskan bagaimana Muhammad dan Allah itu?
maka ramai yang terkial-kial untuk menjawabnya, malah ada yang nafsu egois dan nafsu amarah mempertikaikan hal ini, dengan menjawab, "Buat apa perlu tahu, kita buat saja apa yang diberitahu, ikut saja, jangan susahkan diri". Apa yang mereka mampu jawab, Allah ialah Tuhan yang Maha Besar, Maha Agung, tapi kurang arif tentang keagungannya itu. Manakala Muhammad pula sebagai Nabi, tetapi tidak tahu secara pasti apakah hakikat (ajaran) Nabi Muhammad SAW itu, malah jika ditanya, dimanakah Muhammad sekarang? memang tidak dapat dijawab.

Ini menunjukan bahawa ramai yang tidak mengenali Rasullullah dan Allah dengan jelas dan yakin. Ini membahayakan kerana keadaan ini seolah mereka mentauhidkan kepada sesuatu yang tidak tahu. Disinilah sia-sianya mereka itu. Maka tepatlah hadis yang berbunyi ; "Padahal mereka mengakui Nabi sebagai Rasul dan Allah, tetapi mereka masuk ke dalam neraka juga". Manakala Allah pula berfirman dengan maksudnya ;"Dan neraka Wail disediakan bagi orang-orang yang lalai di dalam solat mereka" Al Maun :5. Diulangi perkataan itu, LALAI. (maklumlah kita sudah terbiasa minta disuapkan tanpa mencari dulu mahu kerja yang senang saja).

Kita tidak perlu heran dan pelik kepada hadis atau peringatan Rasullullah dan Kalam Allah di atas. Kerana kalau kita selidiki, memang ada dikalangan kita yang hanya tahu sebut tetapi tidak tahu erti, atau yang tahu erti tetapi tidak tahu mengerti, atau hanya mengerti tetapi tidak tahu mempergunakannya.

Realitinya, inilah kita sebenarnya, ertinya kita hanya tahu menyebut tapi tidak kenal. Kita kenal Allah hanya pada sifat-sifatnya sahaja, iaitu sifat 20 dan namanya sebanyak 99. Tetapi kita tidak kenal akan HAKIKAT zat, sifat, afaal dan asmaNYA. Kita sama saja seperti burung Tiong yang pandai berkata-kata, namun hakikatnya, burung Tiong itu tidak faham apa yang dicakapnya.

Jika tahap pengenalan seperti di atas, umpama kita kenal dalam tidak tahu. Contohnya, kita memiliki gula, tahu manis kerana seseorang memberitahu gula itu manis, tetapi tidak meletakkan ke hujung lidah, menyebabkan mereka tidak dapat merasakan akan zat manis itu. Kenal yang sedemikian adalah kenal yang tidak pasti. Kenal tidak sampai ke peringkat Haq Qul Yakin.

Berserah atau terserah?

Dunia yang tersendiri
Tidak ada manusia yang pandai sendiri, tanpa dia berguru dengan seseorang ataupun dengan sesuatu sumber. Secara logiknya,seseorang itu menjadi pandai kerana ia belajar, dan bila sebut belajar, ia mesti melalui sumber tertentu ataupun dengan seseorang guru. Guru itu, baik samada sesama manusia ataupun dengan makhluk Allah yang lain. Pandainya seseorang itu kerna dia belajar. Kerna ada guru yang memberi tahu kepadanya. Yang mendidik dan memberi panduan kepadanya. Tanpa guru? mustahil dia boleh pandai. Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW manusia yang dipilih dan diistimewakan oleh Allah SWT pun ada gurumya. Baginda berguru dengan Jibrail a.s. di Gua Hiraq. Jibraillah yang bertindak sebagai guru, mengajar Nabi Muhammad SAW membaca KalamuLah pertama yang dizahirkan iaitu, Iqrak. 


Demikian juga dengan para nabi dan Rasul yang terdahulu, mereka juga mempunyai guru tersendiri yang menjadi sumber perantaraan untuk menerima ilmu dan wahyu daripada Allah. Nabi Musa a.s. misalnya, telah berguru dengan Nabi Allah Khidir a.s. Khidirlah yang memberi tunjuk ajar kepada Nabi Musa sehingga Nabi Musa mengerti akan selok belok tentang ilmu ketuhanan. Kesimpulannya disini,sesiapa yang ingin mengenal dirinya sendiri dan diri Allah dia kena belajar. Dia harus mencari seorang guru yang bertindak menjadi petunjuk, pembimbing, pemandu, penasihat dan pembantu kepada perkembangan ilmunya. Tanpa kehadiran seseorang guru, dia pasti terkial-kial mencari ilmu. Dan ramai yang masih beranggapan dengan harapan Allah SWT menganugerahkan kefahaman setakat ini, jadi tidak perlu bersusah payah mendapatkan lebih lagi kerna ini memang takdir mereka,sama seperti Pak Turut yang tidak memahami apa yang mereka buat selama ini. Ingat, pengertian yang demikian melahirkan kecendurangan untuk menyerah bulat-bulat kepada Allah SWT, sikap menyerah tanpa persediaan kerohanian boleh mengoncangkan iman.


Wallahuallam, 


Salam Ramadhan dan maafkan kami.

Sunday, March 25, 2012

Sir Roh Sir

Jangan alpa akan didepan kita semua

Perjanjian kita dengan Allah SWT sebelum diturunkan ke bumi ini,adalah nyata. Dimana kita dibekalkan ilmuNYA untuk memperkenalkan diriNYA agar kita dapat mengenal diriNYA sebelum kita kembali menemuiNYA. Bila hijab perkenalan terbuka luas dihadapan kita, barulah kita sedar siapa kita disisiNYA. Bila kita mengenal diri kita barulah kita dapat mengenalNYA. Semua manusia mengakui bahawa Rasulullah SAW adalah idol ikutan kita semua. Namun mereka semua temberang dan tidak sedar diri akan kata tutur bahawa mengakui menturuti aqidah dan ajaran Rasulullah SAW. Apa tidak, adakah kita semua mengikuti cara Rasulullah SAW mengenal Allah SWT? Baginda bermukim di gua Hiraq kerna menilik dirinya yang terpiri, siapa sebenarnya dia? Bila Baginda sedar bahawa didalam dirinya ada DIA, maka terjadilah perkenalan dengan hamba dan sang penciptanya. 

Semua amalan Rasulullah SAW hendak diamalkan, dari berjanggut, berpuasa sunat, hinggalah ke amalan Umrah, tidakkah umatnya mahu mengamalkan amalannya iaitu amalan mengenal diri? amalan mengenal TuhanNYA?

Bila kami diperkenalkan akan DIA, timbul satu lagi cabaran. Cabaran yang tidak pernah kami terfikir selama ini, kerna siapa yang kami pandang adalah DIA, barulah kami melihat kekuasaanNYA dihadapan kami. DIA sebenarnya ada dimana-mana, kerna rahsia mu adalah rahsia ku.

Memang kami sedih kerna akan dosa noda yang telah diperlakukan selama umur ini. Geram akan tindakan menturuti nafsu serakah, takut akan balasan yang bakal diterima nanti. Cuma ini saja kefahaman kami, semoga semua ini adalah di atas keredhaanNYA, kami sebagai hamba yang bodoh, tolol, dhaif dan hina. KeredhaanMU yang kami harapkan. Ampunkanlah segala dosa-dosa ibu bapaku dan orang-orang yang pernah aku sakiti hati mereka, samada sedar dan tidak sedar. Aku serahkan kehidupan kami kepada MU, tetapi DIA yang Maha Mengatur kami sebelum dan selepas, siapa kita sebenarnya?
TIADA LANGSUNG!,

jadi janganlah temberang :)

Thursday, January 12, 2012

Kamu dan kami sesiapa? tiada langsung dan janganlah temberang bodoh sombong.

Barang yang baharu akan kembali kepada yang baharu
Tidak adil Allah SWT menjadikan seseorang itu hodoh? tapi jika Allah menjadikan semua manusia itu indah dan cantik di mana letaknya Maha Berkuasa?

Bolehkah kita melihat angin? memang tidak boleh, tapi macamana kita boleh mengetahui adanya angin?
Dengan tiupan angin yang dirasai seluruh badan kita, barulah kita akui, adanya angin, dan macamana kita boleh tengok angin, dengan memandang dedaun pokok bergerak sana-sini,itulah pergerakan angin.

Tapi, apa warna angin?

Setiap yang RAHSIA, haruslah diketahui dan wajib dicari jawapannya.
Sedarkah kita bahawa, kita ini adalah RAHSIA Allah SWT???

Manusia buta hanya mengharapkan pahala dan syurga.

Jadi? 
adakah kami bermegah dengan ILMU ini?
tidak sekali-sekali kami mengakui, kerna,
ini semua ILMUNYA jua.

Yang kembali bertemu DIA dan mengenali DIA adalah ILMUNYA yang ada dalam diri kita semua.

dan kita sebenarnya tiada apa-apa,DIA juga memberikan IlmuNYA kepada kita semua.

Jadi? janganlah EGOIS.

Saturday, August 13, 2011

Egoisnya Manusia Yang Bodoh

Rumah Allah ada dimana-mana,tapi bukan saja di masjid.
Dalam perjalanan menuju Allah SWT ada sebahagian orang yang tertinggal di belakang walaupun sudah melakukan amal yang sama seperti yang dilakukan oleh orang lain yang lebih maju. Seperti bulan yang mulia ini, bulan Ramadan memberikan kita peluang mengamalkan segala amalan seperti solat sunat terawih,tadarus,sedekah dan bermacam-macam lagi,kerna apa yang pasti segalanya akan dibayar dengan pahala oleh Allah SWT (perlukah lagi balasan?).

Satu halangan yang menyekat golongan yang tertinggal itu adalah KEBODOHANNYA yang tidak mahu tunduk atas ketentuan Allah SWT. Dia masih dipermainkan oleh NAFSU & AKAL yang menghijab hatinya daripada melihat Allah SWT pada apa yang dilihat.
Pandangan mereka hanya tertuju kepada alam benda dan perkara zahirnya iaitu nyata di depan mata saja. Mereka melihat kepada keberkesanan hukum sebab musabab dan meletakkan pergantungan kepada AMALNYA!!!!. Manusia,mereka dan dia, yakin bahawa boleh mendapatkan apa yang di ingini melalui USAHANYA.

Manusia ini masih berpusing-pusing di dalam kesamaran dan keraguan. Nafsunya tetap melahirkan keinginan-keinginan. Keinginan diri sendiri ini menjadi rantai yang mengikat kaki daripada berjalan menuju Allah SWT. Bagaimana boleh manusia mendekati Allah SWT jika mereka ENGGAN menjadikan Allah SWT sebagai PENGURUS semua aspek kehidupannya. Walaupun manusia rela dan membantah, Allah SWT tetap melaksanakan ketentuanNYA. Allah SWT melaksanakan kehendakNYA pada setiap masa dan tidak ada sesiapa yang dapat menghalangNYA.


Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. 

Ayat 29 Ar-Rahman. 

Allah SWT sahaja yang mencipta, meletakkan hukum dan peraturan, menbahagikan rezeki dan lain-lain. DIA menentukan urusan dengan bijaksana dan adil, termasuklah urusan mengenal dirikita dan apa yang terjadi pada kita. Kita memandang diri kita dan kejadian yang menimpa kita dalam skop yanng kecil. Walhal, Allah SWT melihat kepada seluruh alam semesta tanpa keliru pandanganNYA kepada diri kita dan kejadian yang menimpa kita, juga tida pernah beralih pandanganNYA dari makhlukNYA yang lain.

Urusan pentadbiranNYA adalah menyeluruh dan sempurna,malah MAHA segalanya!. Manusia yang tidak berbekas pada hatinya akan kesempurnaan Allah SWT itu adalah orang dungu. Dia masih juga merungut tentang perjalanan hukum takdir Ilahi, seolah-olah Tuhan harus tunduk kepada hukum makhlukNYA. Siapa sebenarnya kita dengan Allah SWT!,DIA yang memberikan segala-galanya kepada kita. Dari setitis air mani, kita dijadikan insan yang sempurna dengan diberikan kehidupan dimana rezki yang telah ditakdirkan keatas kita, masih lagikah kita mengakui kesemua itu adalah hasil usaha kita?

Kebodohan manusia itu kerna tidak mahu memahami NAFSUnya sendiri. Masih berdiri dan berpaksikan di alam nyata dan lalai akan tugas manusia itu hanyalah HambaNYA, dan bukan menjadi Tuhan!.

Lupakah kita semua akan keegoan Malaikat Azazil yang degil dan bodoh tidak menturuti perintah Allah SWT agar sujud depan ADAM?

Lupakah kita bahawa bulan Ramadhan ini telah menjadi penjara iblis dan syaitan yang menyesatkan manusia, namun kenapa manusia masih sesat dan menyesatkan?

Lupakah kita dimana manusia tidak akan angkur segala perintah Allah SWT?apa sebabnya?

Ramadhan inilah kuncinya, kunci untuk mengenal NAFSU manusia atau NAFSU kita.

Monday, August 8, 2011

JIKA KAMU INGATKAN AKU, AKU AKAN INGATKAN DIRIMU

Anjung Muzakarah Sufi
Dimana titian kita sebenarnya sekarang?
Sewaktu di alam ROH (alam lu mahfuz), manusia telah berjanji dengan Allah SWT. Perjanjian itu dinamakan perjanjian antara Roh dengan Alah. Ataupun perjanjian diantara Nurullah dengan Nur Muhammad ataupun perjanjian Zat dengan Sifat. Dalam perjanjian atau pengakuan itu, Roh telah bersedia memperakui zat Allah sebagai Allah dan dia sebagai HAMBA.

"APAKAH AKU INI TUHANMU?, MAKA JAWAB SEKALIAN ROH, BAHKAN (YA) ENGKAULAH TUHANKU"- al Araf:172.

Adapun perjanjian ini bukan berat sebelah. Kedua mendapat keuntungan. Baik si Roh mahu pun Zat. Apabila roh telah memperakui yang zat adalah Tuhannya, maka secara automatik dia kena mengingati Zatnya. Disinilah menyebabkan roh diberikan sifat (manusia) untuk menzahirkan diriNYA. Iaitu rahsia zatulhaq (diri sebenar-benar diri).

Disinilah pentingnya perjanjian itu, tanpa perjanjian itu roh tidak akan mempunyai sifat dan zat pula tidak akan wujud dalam sebutan dan ingatan zahir. Kerana roh itu diberikan sifat maka ia hendaklah menjadi penyebut (zikir) kepada zat, dimana ia yang wujud memuji yang GHAIB.

Sekiranya ianya tidak puji dengan zahir, kewujudan zat itu tidak nyata, Ia akan hilang dalam ghaib begitu sahaja. Di sinilah Allah berfirman :"JIKA KAMU INGATKAN AKU, AKU AKAN INGATKAN DIRIMU".

Tujuan kita diberikan sifat,(dizahirkan) adalah untuk memberi tahu (makrifat) kepada diri kita sendir, tentang diriNYA serta untuk mengenali setiap apa yang wujud di atas alam ini. Tanpa adanya sifat diri NYA ini, maka mustahil kita akan dapat berdiri seperti hari ini,makrifat dengan ilmunya.

Kesimpulannya tujuan kita berzikir, mengingati Allah, melakukan amal ibadat adalah untuk mengingatkan kepada diri kita sendiri. Kita melakukan kebaikan kepada diri kita sendiri. kitalah memuji diri kita sendiri dan memulangkan pujian itu kepada diri kita jua, tapi harus sedar, adakah kita wujud tanpaNYA? 

maka pujian itu kembali kepadaNYA jua akhir. (kepada yang faham dan sedar).

"DARI ALLAH KAU DATANG KEPADA ALLAH KAU KEMBALIKAN"-AL BAQARAH:156

Perjanjian Kita

Kita masih didalam kandungan, selepas keluar dari rahim IBU.
Janganlah kita beranggapan bahawa dengan menunaikan perintah Allah itu adalah untuk kesenangan Allah. Allah sesungguhnya tidak mengharapkan kesenangan itu. Sebaliknya hasil dari amal ibadat kita adalah untuk diri kita sendiri. Jadi kalau kita tidak beramal ibadat, maka kita sendirilah yang rugi. Jadi disini timbul persoalan apakah sebenarnya hubungan kita dengan Allah SWT?

Kalau amal ibadat itu untuk kebaikan kita sendiri, jadi apakah peranan Allah memerintahkan supaya kita melakukan ibadat itu?

Kenapakah Allah bersusah payah memerintahkan kita? Kenapa DIA pandai pandai dan bertanggungjawab memperingatkan kita semua?

Kalau kita kembali kepada hakikat manusia dan hakikat Allah, sebenarnya kedudukan manusia dengan Allah itu saling kait mengait. Perhubungan itu seolah antara dua nama yang mewujudkan satu benda. Perhubungan yang cukup erat,rapat,intim dan akrab sekali (adakah kita sedari?). Umpama hubungan jasad dengan roh,sentiasa bersama,walaupun dimana mana kecuali meninggal dunia.

Perhubungan manusia dengan Tuhan laksana roh dengan jasad. Jika jasad tidak ada,maka roh tidak akan wujud. Begitu juga kalau tidak ada roh, jasad tidak akan bergerak dan dinamakan hidup.
Kerana demikian erat,rapat,intim dan akrablah maka kedua pihak sangat penting dan saling berhubungan diantara satu sama lain. Kewujudan Allah tidak akan diketahui tanpa adanya manusia, dan manusia tidak akan ada tanpa wujudnya Allah. Manusia adalah Maujud kepada yang Wujud. Disini menunjukkkan manusia ada, untuk mengistiharkan kewujudan Allah, dan Allah mengkhalaqkan manusia untuk menunjukkan keadaanNYA dan juga kekuasaanNYA.
Adapun kenapa Allah yang menjadi Rabbi, dan manusia menjadi Abdi, ialah kerana demikian perjanjian asal.

Perjanjian asal ini tidak boleh ditukar ganti ataupun dimansuh-mansuhkan lagi. Kerana perjanjian asal itu bersifat semula jadi (baqa).

Namun harus diingati, kita sering mengulangi perjanjian kita dengan Allah setiap hari. Setiap waktu yang ada 5 waktu dan setiap waktu, kita akan mengucap Kalimah Syahadah. Kalimah yang disebut dan diulang ulang setiap 5 waktu setiap hari. Itulah perjanjian kita dengan Allah SWT. Namun?

adakah kita memahami apa yang kita lafazkan kalimah syahadah setiap waktu?

adakah kita faham apa yang tersurat dan tersirat pada kalimah syahadah?

adakah kita yakin akan ikrar perjanjian kita dengan kalimah syahadah?

Friday, August 5, 2011

Kekuatanku adalah KekuatanMU jua,apalah kami ini.

Janganlah banyak berbicara tanpa berzikir kepada Allah, kerana banyak
berbicara tanpa berzikir kepada Allah merupakan kekerasan hati.
Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKU nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKU, dan janganlah kamu mengingkari nikmatKU" AlBaqarah 152.

Firman di atas menjadi kefahaman dan harus di pegang oleh kita, bagaimana untuk mendapat kasihNYA. Memang kita kena kasihkan kepada ALLAH SWT, barulah DIA kasihkan akan kita. Kerana Allah SWT mempunyai sifat tindak balas terhadap hambanya. Kalau kita berbuat baik kepadaNYA, maka DIA juga akan berbuat baik kepada kita. Jika kita selalu mengingati DIA, maka DIA juga akan mengingati kita selalu...

Masalahnya ialah bagaimanakah cara hendak mengasihi dan mengingati Allah SWT itu, sehingga DIA akan merasa kasih pula kepada kita?
Dimana tempat ingat kepada Allah? Dimana tempat nak letak ingatan kita kepada Allah?
Jika letak di hati?, dimanakah bertempatnya hati?. 
Hati halus bukan bertempat didalam dada dan bukan bertempat diluar dada. Hata yang ada di dalam dada itu, adalah hati kasar, yang dikatakan hati itu, adalah merujuk kepada hati halus?, hati halus bukan berada didalam dada dan bukan berada diluar dada, 
tapi dimana HATI?

Bagaimana cara nak meningati Allah, bagaimana cara nak meletakkan ingatan Allah dan bagaimana cara menempatkan Allah di dalam hati sedangkan hati bukan didalam dada?

Sunday, July 31, 2011

Bulan Yang Dijanjikan Akan Dapat Bertemu Dengan Allah SWT

Alhamdulillah atas kurnianNYA
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini
Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
Allah Maha Pengasih & Penyayang, sifatNYA kepada hambanya tidak berbelah bagi. Selagi hambanya berusaha dan berikhtiar mendampingiNYA, DIA akan memberi jalan tersebut kepada hambanya yang tidak berputus asa semata-mata Allah SWT.
Bertemu Allah SWT adalah tujuan kita sebenarnya. Ketepikan syurga dan neraka kerana itu bukanlah tujuan kita. Bulan Ramadhan adalah bulan yang diberikan khusus untuk hambanya. Bulan ini menjanjikan pertemuan dengan Allah SWT dengan syarat, kesemua amalan puasa yang dikerjakan pada bulan Ramadhan itu, hanya kerna DIA sahaja. Justeru itulah, amalan puasa ini hanya Allah SWT yang membalasnya sendiri di alam akhirat kelak.
Inilah salah satu jalan bertemu DIA selain mempelajari dan mengenal DIA, namun tidak dapat diceritakan dengan terperinci kerana ada sebilangannya sungguh sulit diceritakan dan sulit untuk difahami. 
Maka oleh itulah, kami selalu bermohon doa, "Ya Allah, Berikanlah aku kefahaman, dimana kefahaman ini adlah sebaik-baik rezeki untukku".

Friday, July 22, 2011

Kelebihan kata-kataNYA

Madinah 2008. Garis sempadan Imam diluar masjid.
SURAT YASIN
Diriwayatkan dari Anas R.A. ” sesungguhnya setiap sesuatu memiliki hati “. Dan hati al-qur’an di surat yasin. Barang siapa yang membacanya, Allah akan menulis baginya pahala seperti membaca al-qur’an sepuluh kali.

SURAT AL-WAQI’AH
Dari Ibnu Umar R.A. ” Bacalah kalian surat al-waqi’ah “. Dan ajarkanlah kepada anak-anak mu. Karena dengan membacanya mereka tidak akan faqir.

SURAT AD-DHUKHON
Dari Abu Hurairoh R.A. ” Barang siapa yang membaca surat Ad-dhukhon malam hari”. Niscaya keesokan harinya, tujuh puluh ribu malaikat memintakan ampunan baginya.

SURAT AL-MAA’RIJ
Barang siapa membacanya ketika mau tidur,” niscaya akan aman dari junub dan mimpi buruk “.

Dikutib dari kitab Al-Wasail

SURAT AL-MUZAMMIL
Barang siapa ingin berjumpa dengan nabi Muhammad S.A.W. dalam mimpi. ” Maka bacalah surat Al-Muzammil empat puluh satu kali “.

Dikutib dari kitab Al-Wasail

ALAM NASYROH
Al-Imam Syafi’i Rahimahullah berkata ” Barang siapa ingin merasa kenyang dan sabar dari rasa lapar “, maka bacalah surat Alam Nasyroh tujuh kali. Dan barang siapa ingin marahnya menjadi santun,” maka bacalah surat Alam Nasyroh setiap hari” satu kali. Dan barang siapa ingin merasakan tidur yang sedikit merasa cukup baginya,” Maka bacalah surat Alam Nasyroh tiga atau tujuh kali ketika hendak tidur. Dan barang siapa ingin kesulitannya dipermudahkan oleh Allah, ” Maka bacalah surat alam nasyroh tiga kali setiap selesai sholat lima waktu.

SURAT AL-QODR
” Barang siapa membacanya diwaktu setelah sholat isya sebanyak tujuh kali’, niscaya Allah akan melindunginya dari segala bala’ yang diturunkan pada malam itu, sampai pagi hari. Dan barang siapa membacanya satu kali setiap selesai sholat lima waktu, niscaya Allah akan menghapuskan kesedihan dan kesumpekannya, serta membawa keberkahan bagi rumahnya. Dan barang siapa membacanya tujuh kali ketika diatas kapal laut, tidak akan tenggelam dengan seizin Allah. Dan barang siapa yang membacanya setelah sholat jum’at, insya Allah akan diringankan hutangnya.

Dikutib dari kitab Ghoyatul Murtah

SURAT LAM YAQUNIL
Rosulullah S.A.W. bersabda ” Kalau seandainya manusia tahu apa yang ada didalam kandungan surat lam-yaqunil”, maka mereka akan meninggalkan keluarga dan hartanya untuk belajar surat lam-yaqunil, tidaklah seorang hamba membacanya melainkan Allah mengirimkan kepadanya malaikat untuk menjaga dirinya, agama dan hartanya. Dan jika ditulis didalam sebuah wadah untuk orang yang sulit baginya mencari jodoh, kemudian dihilangkan dengan air dan di siramkan ke seluruh badan. insya Allah akan dipermudahkan jodohnya. Dengan syarat salah satu dari hurufnya tidak terhapus atau hilang.

KEISTIMEWAAN BEBERAPA SURAT AL-QUR’AN
Barang siapa membaca surat ” Idza dzul “, maka seakan-akan membaca separoh Al-Qur’an.

Dan barang siapa membaca surat ” Qulya “, maka sama dengan membaca seperempat Al-Qur’an.

Barang siapa membaca surat “Al-’adiyat”, waktu dalam keadaan kesulitan ekonomi, insya Allah akan dilapangkan rezekinya dari jalan yang tidak terduga

Barang siapa yang membaca surat ” Al-Qori’ah”, kelak akan diberatkan timbangan kebaikannya.

Diriwayatkan dari Umar R.A. berkata, Rasulullah SAW bersabda ” Barang siapa membaca dalam satu malam seribu ayat. kelak ia akan berjumpa dengan Allah … dan Dia { Allah} senyum gembira kepadanya. Sayidinah Umar berkata, ” wahai Rosulullah siapa yang kuat membacanya seribu ayat ? ” Maka Rasulullah S.A.W. membaca surat ” Al-Haqumut takastur “, kemudian beliau berkata, ” Sungguh demi jiwaku yang ada digenggamannya, sesungguhnya surat Al-Haqumut takastur sama dengan membaca seribu ayat.

Barang siapa membaca surat ” Quraisy ” akan dihilangkan beban pikirannya, kesedihan, was-was dan dilindungi dari segala kejahatan. Dan kalau dibaca pada suatu makanan, maka akan dihilangkan oleh Allah bahaya dari makanan itu.

Surat Al-Fiil, membacanya seratus kali akan terlihat suatu yang mengherankan bagi musuh dan orang yang iri hati. Surat ini baik dibaca bagi orang yang memusuhinya atau hasud.

Surat “Qulya” dengan “Al-Ikhlas” disunahkan dibaca di dalam dua rokaat sholat istikara, tahiyatul masjid, sholat musafir, qobliyah subuh, sholat witir, sesudah towaf, sholat maghrib pada malam jum’at, dan sholat ba’diyah maghrib. Barang siapa membacanya didalam hajat sepuluh kali, insya Allah akan dikabulkan. Dan begitu pula dengan surat “An-Nasr” membacanya sama dengan membaca seperempat Qur’an.

.
SURAT AL-IKHLAS
Diriwayatkan dari Rasulullah S.A.W. bersabda ” Apakah kalian tidak dapat dalam semalam membaca sepertiga Al-Qur’an ? “, sahabat bertanya, ” Bagaimana caranya ya Rosulullah ? “, bacalah surat Al-Ikhlas , oleh karena membacanya sama dengan membaca sepertiga Al-Qur’an. Dan diriwayatkan dari Anas R.A. barang siapa yang hendak mau tidur maka tidurlah dengan berbaring dengan rusuk yang sebelah kanan, kemudian bacalah surat Al-Ikhlas seratus kali. maka jikalau datang hari kiamat, akan berkata kepadanya ” Wahai hambaku masuklah kamu dalam surga dari sebelah kanan. Dan barang siapa membacanya setiap hari lima puluh kali, kelak dipanggil pada hari kiamat dalam kuburannya, ” Wahai orang yang berbuat baik terhadap Allah “, bangkitlah dan masuklah ke surga.

Diriwayatkan dari Sahl bin Sa’ad R.A. berkata,” seorang laki-laki datang kepada Rosululllah S.A.W. kemudian mengeluh kepadanya akan ekonomi rumah tangganya, dan pekerjaannya. Lalu Rosulullah S.A.W berkata,” kalau kamu masuk kerumahmu, ucapkan salam kepada orang yang berada di rumah maupun tidak ada dirumah, kemudian bersholawatlah kepadaku dan bacalah surat Al-Ikhlas sekali. lalu orang itu mengerjakan apa yang telah dikatakan oleh Rosululllah S.A.W. Tak lama kemudian Allah memberikan rezeki kepadanya berlimpa ruah sampai-sampai kepada para tetangganya.

Diriwayatkan dari Sa’id ibnu Musayib, Dari Rosulullah S.A.W. bersabda, ” Barang siapa membaca surat Al-Ikhlas sebelas kali, niscaya Allah akan membangunkan sebuah istana untuknya di surga. Dan barang siapa membacanya dua puluh kali niscaya Allah akan membangunkan kepadanya dua istana dalam surga. Dan barang siapa membacanya tiga kali, niscaya Allah akan membangunkannya tiga istana didalam surga. Sayidina Umar berkata, ” Wahai Rosulullah ? kalau begitu istana kami sangat banyak di surga, Maka Nabi Muhammad S.A.W. berkata, ” wahai umar, sesungguhnya kekuasaan dan surga Allah lebih luas dari pada istana-istana itu.

ASMAUL HUSNA
” Ya Allah ” jika dibaca akan menambah keyakinan. Dan orang yang selalu membacanya setiap hari seribu kali, akan diberi kekuatan keyakinan dalam hatinya. Dan siapa yang membacanya pada hari jum’at sebelum sholat dengan keadaan bersuci dari hadats dan bersih badan dari kotoran dengan duduk sendirian membacanya dua ratus kali, insya Allah akan dimudahkan keinginannya.

Thursday, July 21, 2011

8 Lapan pelajaran

Adakah kami bangga kerna naik Haji?,tidak!, kerna kami faham, DIA yang
menghajikan kami,malah ada yang sudah Haji tapi belum dizahirkan,
tapi siapa?
Suatu hari, Syaqiq Al Balkhi berjumpa dengan Hatim. Syaqiq bertanya, “Selama sehari ini, ilmu apa saja yang sudah kau dapatkan?”

Hatim menjawab, “Aku mendapatkan lapan pelajaran:

Pertama, aku perhatikan segala sesuatu di dunia ini. Aku mendapati bahwa setiap orang memiliki kekasih yang sangat dicintainya. Lalu ketika ia mati, ia pun harus rela berpisah dengan kekasihnya. Maka aku menjadikan segala amal shalehku sebagai kekasihku supaya ia tetap bersamaku nanti di alam kubur.

Kedua, aku perhatikan firman Allah, “Dan orang yang menahan jiwanya dari hawa nafsu, maka surga adalah tempat kembalinya.” (QS. An Nazi’at:40) Maka aku berusaha dengan sungguh-sungguh melawan hawa nafsu agar aku tetap berada dalam ketaatan kepada Allah.

Ketiga, aku perhatikan bahwa setiap orang jika memiliki barang yang berharga, ia pasti selalu menjaganya dengan baik. Lalu aku perhatikan firman Allah, “Segala sesuatu yang berada padamu akan binasa, dan segala sesuatu yang berada pada Allah akan kekal abadi.” (QS. An Nahl: 96) Oleh karena itu, setiap kali aku memiliki barang berharga, aku selalu menitipkannya kepada Allah supaya menjadi kekal abadi selamanya.

Keempat, aku perhatikan manusia selalu berbangga-bangga dengan harta, keturunan dan jabatan, padahal semua itu tak ada harganya sama sekali. Lalu aku perhatikan firman Allah, “Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa.” (QS. Al Hujurat: 13) Oleh karena itu, aku berusaha menjadi orang yang bertakwa supaya menjadi mulia di mata Allah.

Kelima, aku perhatikan manusia saling mendengki dan iri hati. Lalu aku perhatikan firman Allah, “Aku telah membagi-bagi jatah hidup mereka.” (QS. Az Zukhruf: 32) Oleh karena itu, aku tinggalkan dengki dan iri hati.

Keenam, aku perhatikan manusia saling bermusuhan. Lalu aku perhatikan firman Allah, “Sesungguhnya syetan adalah musuh bagimu, maka jadikanlah ia sebagai musuh.” (QS. Fathir: 6) Oleh karena itu, aku tinggalkan permusuhan dengan sesama manusia, lalu aku menjadikan syetan sebagai satu-satunya musuhku.

Ketujuh, aku perhatikan manusia mengerah tenaga mereka untuk mengais rezeki. Lalu aku perhatikan firman Allah, “Tak ada satu melata pun di muka bumi ini melainkan Allah sudah menanggung rezekinya.” (QS. Hud: 6) Oleh karena itu, aku bekerja secukupnya dan seperlunya, dan aku tinggalkan sebagian lainnya.

Kelapan, aku perhatikan mereka hanya berharap dan mengandakan pada perniagaan, bisnis, serta kesehatan jasmani mereka saja. Maka, aku hanya berharap dan bertawakkal kepada Allah saja.

(Kitab Mukhtasar Minhajul Qashidin, Ibnu Qudamah)