Friday, June 27, 2008

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW yang telah disampaikan pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijiriyah dilembah Gunung Arafat.

Wahai Manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan DIA pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan di larang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah ALLAH, dirikanlah solat 5 kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjalah ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lain ya kecuali taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-sekali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al Quran dan Sunahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula yang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambamu.

disampaikan dari saudara Matnoor Yunus WP Labuan,untuk disampaikan kepada yang lain...

Saturday, June 21, 2008

Pokok yang rukuk.

Ini pokok memang aku hormati,sudahlah patuh,dia akui lagi dia ini hamba,hairan juga ya?http://zmkwest.blogspot.com/search?updated-max=2008-06-14T19%3A30%3A00-07%3A00&max-results=10

Friday, June 20, 2008

Ibadah Puasa

Puasa dalam bahasa Arab disebut as-Shaum bermakna imsak atau menahan diri. Menurut pengertian bahasa,apa sahaja yang bentuknya menahan diri ianya dinamakan puasa, seperti Maryam (ibu Nabi Isa AS) menyatakan dirinya berpuasa kerana tidak mahu bercakap dengan orang lain yang berjumpa dengannya dan menuduhnya berbuat zina kerana melahirkan anak tanpa suami. Adapun puasa menurut istilah syariat ialah "menahan diri daripada melakukan segala perkara yang membatalkan puasa, bermula dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari dengan berniat. Dengan dekatnya ketibaan bulan ramadhan ini,mulailah kita semua membayar puasa-puasa yang tertunda pada tahun lepas, selamat membayar puasa.

Adab berdoa

Doa kita kepada Allah SWT mestilah dengan adab tertibnya,
1.Jauhi yang telah diharamkan,baik makanan,minuman dan pakaian.
2.Penuh keihklasan hati yang telus.
3.Afdal didahului dengan solat.
4.Mengucap kalimat tahmid,shalawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW pada awal dan akhir do.
5.Kyusuk serta tenang,jangan gelojoh.
6.Dengan suara rendah dan menharap sepenuh hati iaitu yakin.
7.Di ulangi berapa kali tanpa putus asa.
8.Menghadirkan hati pada Allah SWT semasa berdoa,jangan lalai.
9.Jangan berdoa untuk berbuat dosa.
10.Jangan berkata "aku telah berdoa,tetapi tida diperkenankan oleh Allah SWT".
Dipetik dari kitab TUHFATTUDC DZAAKLRIIN muka surat 34,karangan Muhaddits (ahli hadis) Muhammad bin Ali Asy-Syaukani