Sunday, August 10, 2008

Nisfu Sya'ban

Apabila tiba malam Nisfu Sya'ban, maka bangunlah kamu pada malamnya: bersolat, beribadat dan berpuasalah kamu pada siangnya. Allah berfirman adakah orang meminta ampun maka Aku ampunkannya. Adakah orang yang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka aku rezekikannya.
Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Sya'ban pada 6 orang:
  1. Orang yang kekal minum arak.
  2. Orang yang derhaka kepada kedua ibubapanya.
  3. Orang yang kekal dalam berzina.
  4. Orang yang banyak berkelahi.
  5. Orang yang berniaga dengan sumpah palsu.
  6. Orang yang mengadu domba.
Amalan yang dianjurkan pada malam Nifsu Sya'ban.
  1. Selepas solat Maghrib, membaca surah Yaasin 3 x.
  2. Perbanyakan beristighfar.
  3. Perbanyakan selawat nabi.
  4. Berzikir, bersedekah dan berpuasa.

4 perkara sebelum tidur

Rasulullah berpesan kepada Aisyah r.a:"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara, iaitu :
  • Sebelum khatam Al-Quran
  • Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat pada hari akhir.
  • Sebelum para muslim meridhai kamu.
  • Sebelum engkau lakukan Haji dan Umrah...
"Bertanya Aisyah: Ya Rasulullah..., bagaimana aku dapat melakukan 4 perkera seketika?
Rasul tersenyum dan bersabda:
  • Jika engkau tidur bacalah: Surah al-Ikhlas 3 kali seakan-akan engkau mengkhatam Al-Quran.
  • Membaca selawat untukKu dan para Nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat pada hari kiamat.
  • Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meridhai kamu.
  • Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah menunaikan ibadah haji dan umrah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.