Sunday, August 30, 2009

Nyata pada hambaNYA, Ghaib pada zatNYA?

Sedangkan binatang pun berzikir memuji Allah, apa lagi kita, manusia
yang diberikan akal fikiran.


Kita semua adalah sama saja, tiada yang lebih atau yang kurang. Kita bukanlah Insanul Kamil, namun kita cuma diberikan contoh untuk mengikutinya. Apakah yang membezakan kita semua?,

Amat sedih manusia hanya menilai sesama sendiri dari segi luaran sahaja. Seperti contoh, Haji, (maafkan saya, saya sebenarnya Haji). Jika kita sudah mengerjakan rukun Islam ke5, maka sempurnalah rukun kita, dan sempurnalah kita. Maka, wajarlah kita dihormati dan diberikan sebentuk penghargaan? adakah Haji jawapannya? perlukah balasan?

Jika kita beramal dengan amalan khusus, contohnya amalan penyucian, bila kita telah menjalani amalan itu, adakah kita telah bersih segalanya dan martabat kita akan diangkatkan? perlu lagikah balasan?

Kenapa kita semua mengharapkan balasan dan imbuhan? apa yang kita buat bukan kerana Allah SWT?

Alahai, malu aku dengan diriku, sedangkan aku pun tidak dapat membalas sebiji mata pemberian Allah SWT, inikan pula menaikkan martabatku? malah Allah yang menaikkan diriku, tapi aku tetap tidak mengakuinya, kerana itu bukan aku sebenarnya. DIA yang memartabatkan DiriNYA jua. Jadi kita dimana?

Adakah bila melakukan amalan hijau, kita di makam hijau?lain lagi martabatnya, kalau begitu ceritanya, kita pula yang memutuskan keadaan kita sendiri, sedangkan islam itu sejahtera untuk semua.

Allah Maha Penyayang dan Maha Pengasih, sedangkan doa orang kafir pun dimakbulkanNYA, lepas itu, mereka ini diingatkan janji mereka dahulu semasa di alam roh dengan azan 5 kali sehari, lepas itu, diberikan peluang untuk mengucap kalimah jika ada hidayahNYA dikala nazaknya orang kafir?

Jadi dengan ketibaan bulan Ramadhan Al mubarak ini, kita berebut-rebut mencari pahala? habis sahaja bulan Syawal, kita berebut-rebut mencari dosa?

Tapi adakah bulan Ramadhan ini saja kita mencari pahala? bulan-bulan yang lain macamana? inilah masalahnya, ramai yang tidak faham dan hanya faham membaca dan menghafal sahaja.

Kita sudah lupa konsep ikhlas,

dan kita sudah lupa konsep berserah,

dan kita sudah lupa konsep redha,

tapi pandai bercakap saja macam aku,

aku pandang diriku, baru aku pandang kamu,

Wallahuallam,

Kami hanya Hamba yang dhaif lagi hina.

Thursday, August 20, 2009

Puasa

Sentiasa menyendiri melihat kealpaan kami.

Konsep berpuasa bukan hanya berkisar pada bulan Ramadhan, bahkan telah wujud disetiap hari pada kehidupan kita. 

Contohnya, bila kita solat, kita akan berpuasa dari makan, minum dan apa saja yang membatalkan solat kita. Kenapa masa itu harus kita berpuasa semasa solat?, nyatalah, kita sebenarnya telah diajar lebih awal akan keujudan sang nafsu segala-galanya.

Malah, ketika kita solat pun, dalaman batin kita harus berpuasa, semua tumpuan hanya untuk Allah Yang Maha Besar, ketika itu, hanya DIA saja yang kita ingat, kusyuk, dan bukan ingat akan kewujudan diri kita yang berpaut dengan dunia ini. Kita telah diingatkan dan diberitahu, hanya dengan berpuasa saja kita mampu melawan si sang nafsu.

Benar, iblis dan syaitan akan diikat dan kurung pada bulan Ramadhan ini. Namun, nafsu kedirian manusia masih ada dan menebal pada anak Adam.

Cuba lihat ketika hendak bersungkai?, pelbagai juadah yang nafsu minta, betulkan? banyak demand nafsu itu.

Dan nafsu ini pun pintar juga, ketika kita berpuasa, berpura-pura dia kelemasan dan kepenatan konon. Seolah-olah, menunjukkan sedang tekun berpuasa dan beramal didepan orang ramai, sedangkan maksudnya hanya menunjuk-nunjuk saja kealimannya.

Sedarkah kita mainan nafsu begitu halus? 

KAMI hanya mengingatkan diriku dan dirimu. Aku sedar akan kealpaan dan kekuranganku, justeru itu, ku mohon agar janganlah kami dilupai oleh MU ya Allah Maha Kuasa, apalah daya kami sebenarnya, yang masih dibawah jajahanMU.

Saturday, August 15, 2009

Azazil dan Iblis

Tiada bezanya kita di darat dan di laut, hanya kesedaran kita yang membezakan.

Di awal kejadian kita, masa iblis yang masih bernama Azazil, salah satu malaikat yang paling utama. Beliau adalah ketua segala para malaikat, Azazillah malaikat yang pertama yang akan menerima segala bentuk perintah dari Allah SWT. Beliau amat patuh pada Allah SWT, malah Azazillah telah menjadi contoh terbaik kepada semua para malaikat.

Masa itu, Azazil telah mengenal Allah SWT, malah bukan sahaja mengenal, bahkan telah berdepan dengan penciptaNYA. Kedudukan Azazil melebihi segala makrifat yang setakat mengenal, malah lebih hebat dari segala-segalanya. Kefahaman makrifat Azazil mengatasi segalanya, dia bukan saja mengenal, malah selalu bertemu Allah SWT.

Namun, hanya kerana hiprokitnya Azazil yang enggan tunduk dengan ADAM (bukan nabi Adam), Azazil mulai mewujudkan dirinya yang berilmu berserta egoisnya. Azazil enggan patuh dengan suruhan Allah SWT. Azazil engkar akan perintah Allah dan Azazil melawan fitrah rutin yang mengakui segala suruhan Allah.

Azazil lupa itulah cubaan/dugaab Allah pada Azazil, walaupun anggapannya, Malaikat Azazil lebih mulia penciptaannya dari api berbanding ADAM dengan 4 unsurnya. Mesej disebaliknya ialah, apa yang ada pada ADAM adalah ilmu Allah yang tersembunyi pada ADAM, kerana Allah ada di dalam ADAM.

Lalu Allah murka dan melaknat Azazil lalu bertukarlah namanya kepada IBLIS. Permohonan IBLIS cukup mudah, iaitu dia berjanji dengan Allah SWT akan menyesatkan anak ADAM hingga kiamat, dan permintaannya dimakbulkan oleh Allah SWT.
Malah setiap kali Iblis menggoda anak ADAM, iblis terpaksa menghadap dan bermohon pada Allah SWT, bolehkah beliau menjalankan tugasnya menyesatkan anak ADAM?, jika permohonan iblis itu diluluskan, barulah iblis akan mengoda anak Adam dan bukan ikut sesuka hatinya.

Mari kita hayati :

1. Azazil telah mengenal dan berdepan Allah SWT setiap masa, tapi kenapa tewas juga Azazil dengan ujian Allah SWT, sedangkan kita yang baru belajar makrifatullah, yang baru mengenal secara ilmunya pun masih belum kukuh 100%, masih goyah atas keyakinan haq.

2. Mulianya Azazil masa itu, sehingga beliau dilantik ketua para malaikat, akhirnya kalah juga dengan kelalaiannya dengan mewujudkan dirinya iaitu nafsu mengakui aku. Malaikat ada nafsu?

3.Walaupun dilaknat oleh Allah SWT, Iblis tetap bermohon kepada Allah SWT bila hendak melaksanakan tugasnya menyesatkan anak Adam, Iblis pun berdoa? Dia pun hamba Allah juga.

Astagfirullahalhazim,
Wallahuallam,
Kami hanya hamba yang bodoh,
Berikanlah kami kefahaman, dimana kefahaman ini adalah sebaik-baik rezki untuk kami,amin.