Saturday, September 12, 2009

AlFatihah...

Alfatihah...
Pada suatu hari, sekumpulan golongan cerdik pandai telah datang ke rumah Rabi'atul Adawiyah. Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji beliau dengan pelbagai persoalan. Malah mereka telah bersedia dengan satu persoalan yang menarik. Mereka menaruh keyakinan yang tinggi, kerana selama ini Rabi'atul Adawiyah tidak pernah ketandusan hujah.









"Wahai Rabi'atul Adawiyah, semua bentuk kebajikan
yang tinggi-tinggi telah dianugerahkan oleh Allah
kepada kaum lelaki, namun tidak kepada kaum wanita."
Ketua rombongan itu memulakan bicara.



"Buktinya?" Balas Rabi'atul Adawiyah.



"Buktinya ialah, mahkota kenabian dan Rasul telah
dianugerahkan kepada kaum lelaki.Malah mahkota kebangsawanan juga dikurniakan kepada kaum lelaki. Paling penting, tidak ada seorang wanita pun yang telah diangkat menjadi Nabi atau Rasul, malah semuanya dari golongan lelaki." Jawab mereka pula dengan yakin.



"Memang betul pendapat tuan-tuan sekalian. Akan tetapi harus diingat bahawa sejahat-jahat pangkat ada pada kaum lelaki juga. Siapa yang mengagung-agungkan diri sendiri? Siapa yang begitu berani mendakwa dirinya sebagai Tuhan? Dan siapa pula yang berkata : "Bukankah aku ni tuhanmu yang mulia?" Dengan tenang, Rabi'atul Adawiyah membalas hujah mereka sambil merujuk kepada Firaun dan Namrud.

Merujuk perkara di atas, jelaslah :

  1. Rabi'atul Adawiyah bermuzakarah dengan niat ikhlas, beliau jua tidak menolak kebenaran fakta yang dihujahkan, tapi demi ukhuwah ikatan, beliau dengan adab keislamannya, beliau bertukar pendapat untuk kefahaman kesejahteraan keislaman. Namun, adakah kita mencontohi mereka bermuzakarah, masing-masing dengan ke-akuanku dan lupa akan kewujudan kita ini hanya kosong belaka?
  2. Bila diri ini semuanya dikawal oleh nafsu, maka wujudlah "aku" didalam diri ini. Seolah-olah kita lupa, siapa sebenarnya kita? Kita selalu alpa dan lalai bila nafsu ini menyelinap dalam diri kita. Contohnya, bila kita berpuasa, perlukah ditunjukan puasa kita? bila kita solat terawih? perlukah dicanangkan kepada orang lain yang kita berterawih? bila kita bersedekah? perlukah diungkit-ungkit akan sedekah itu?, ingatlah, mainan sang nafsu amat halus, nafsu pun pandai beramal...


Kami mengingatkan diri kami yang bodoh,hina dan dhaif.


Al-fatihah untuk pakcikku Ahmad, semoga beliau ditempatkan di tempat dengan orang-orang soleh dan beruntung. Kami takan lupa ilmu yang pakcik ajarkan, kepada kami selama ini, terima kasih banyak pakcikku, kita jumpa lagi disana. Insya Allah.


Ya Allah, berikan kami kefahaman, dimana kefahaman ini adalah sebaik-baik rezki untuk kami, amin.


Wednesday, September 9, 2009

Asalnya Nafsu

Bukit ini hanyalah sebesar gigi kita,dan bagaimana pula lengkap
sepasang tubuh?

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Nafsu hanya boleh dilentur dengan puasa, ertikata lain bukan saja menahan lapar dan minum, malah menahan zahir dan batin.

Sebenarnya, nafsu ini tidak jahat, ia hanya keras kepala dan harus diperbetulkan jalannya. Jika tiada nafsu, bagaimana kita mau makan, minum atau jimak supaya kita berkeluarga?. Ramai menyalahkan nafsu, sedangkan bila mereka menyalahkan nafsu, mereka tidak sedar, nafsu sudah wujud bersama.

Nafsu ini banyak tingkatannya dan harus dilenturkan segera, kerna, jika kita tidak bersiap-sedia, nafsu ini adalah ujian terakhir kita bila menghadapi sakratulmaut, kerna, nafsu ini tetap akan mengakui aku adalah aku, dan kamu adalah kamu. Bila mewujudkan "aku", maka kita menghadapi masalah besar.

Pergilah memahami konsep sang nafsu ini dengan guru-guru yang mursyid, dan jangan kamu mengenyangkan perutmu, jangan kamu mengenyangkan nafsu seksmu dan jangan kamu mengenyangkan nafsu haloba kayamu kerana tiada kemana kita jua akhirnya, kita akan kembali bertemuNYA, dan soalan yang sama akan ditanya kepada kita, soalan yang hampir sama ditujukan kepada nafsu pada waktu yang dulu. Siapa Tuhanmu=Siapa Aku?, kalau kita hafal? maka jawapan itu adalah nafsu bukan kerana DIA. Padahal soalan Mungkar Nangkir ini sudah menjadi soalan bocor, tapi masih yang gagal? fikir dgn kedirian dan jangan mengangkat kedirian kita, kerana kita ini hanya kosong belaka, tiada langsung. Itulah manusia.

Walahuallam,
Aku ini bodoh hina dhaif hanya mengingati diriku yang lemah,
Berikan aku kefahaman,dimana,kefahaman ini adalah sebaik-baik rezki untukku...Amin.

Tuesday, September 8, 2009

Alam Nasyrah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)



Gunung-ganang pun menolak menjadi khalfahnya,kerna sedar beratnya
menjadi khalifah.
  1. Bukankah kami telah melapangkan untukmu dadamu?
  2. Dan kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu,
  3. yang memberatkan punggungmu?
  4. Dan kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
  5. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
  6. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
  7. maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjalah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.
  8. dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.
Surah Alam Nasyrah ini merupakan tasliyah bagi Nabi Muhammad SAW.
Surah ini terdiri atas 8 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah dan diturunkan sesuddah Surah Adh Dhuhaa. Nama "Alan Nasyrah" diambil dari kata pertama ayat yang pertama, yang bererti, bukankah kami telah melapangkan.

Mari kita hayati bersama?
  1. Dia yang melapangkan kita semua, adakah kita yang melapangkan diri sendiri? kenapa manusia cepat lupa?
  2. Selalu bersabar kerana setiap kesulitan mesti ada kesenangannya, tapi kenapa tidak semua doa kita tidak dimakbulkan? tanya diri sendiri...
  3. Setiap kerja itu hendaklah dibuat sungguh-sungguh, kerana disanalah kita beramal didalam kerja, bukan masa solat saja kita beramal.
  4. Hanya DIA saja kita bermohon, tapi dimana keyakinan Haqqulyaqqin kita bila berdoa? adakah benar kita berdoa, sedangkan DIA meliputi...,hampir dekat dan malah dekat sekali?
Wallahuallam,

kami hanya insan yang bodoh dan dhaif hina,

berikan kami kefahaman, dmana kefahaman ini adalah sebaik-baik rezeki untuk kami.