Saturday, August 13, 2011

Egoisnya Manusia Yang Bodoh

Rumah Allah ada dimana-mana,tapi bukan saja di masjid.
Dalam perjalanan menuju Allah SWT ada sebahagian orang yang tertinggal di belakang walaupun sudah melakukan amal yang sama seperti yang dilakukan oleh orang lain yang lebih maju. Seperti bulan yang mulia ini, bulan Ramadan memberikan kita peluang mengamalkan segala amalan seperti solat sunat terawih,tadarus,sedekah dan bermacam-macam lagi,kerna apa yang pasti segalanya akan dibayar dengan pahala oleh Allah SWT (perlukah lagi balasan?).

Satu halangan yang menyekat golongan yang tertinggal itu adalah KEBODOHANNYA yang tidak mahu tunduk atas ketentuan Allah SWT. Dia masih dipermainkan oleh NAFSU & AKAL yang menghijab hatinya daripada melihat Allah SWT pada apa yang dilihat.
Pandangan mereka hanya tertuju kepada alam benda dan perkara zahirnya iaitu nyata di depan mata saja. Mereka melihat kepada keberkesanan hukum sebab musabab dan meletakkan pergantungan kepada AMALNYA!!!!. Manusia,mereka dan dia, yakin bahawa boleh mendapatkan apa yang di ingini melalui USAHANYA.

Manusia ini masih berpusing-pusing di dalam kesamaran dan keraguan. Nafsunya tetap melahirkan keinginan-keinginan. Keinginan diri sendiri ini menjadi rantai yang mengikat kaki daripada berjalan menuju Allah SWT. Bagaimana boleh manusia mendekati Allah SWT jika mereka ENGGAN menjadikan Allah SWT sebagai PENGURUS semua aspek kehidupannya. Walaupun manusia rela dan membantah, Allah SWT tetap melaksanakan ketentuanNYA. Allah SWT melaksanakan kehendakNYA pada setiap masa dan tidak ada sesiapa yang dapat menghalangNYA.


Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. 

Ayat 29 Ar-Rahman. 

Allah SWT sahaja yang mencipta, meletakkan hukum dan peraturan, menbahagikan rezeki dan lain-lain. DIA menentukan urusan dengan bijaksana dan adil, termasuklah urusan mengenal dirikita dan apa yang terjadi pada kita. Kita memandang diri kita dan kejadian yang menimpa kita dalam skop yanng kecil. Walhal, Allah SWT melihat kepada seluruh alam semesta tanpa keliru pandanganNYA kepada diri kita dan kejadian yang menimpa kita, juga tida pernah beralih pandanganNYA dari makhlukNYA yang lain.

Urusan pentadbiranNYA adalah menyeluruh dan sempurna,malah MAHA segalanya!. Manusia yang tidak berbekas pada hatinya akan kesempurnaan Allah SWT itu adalah orang dungu. Dia masih juga merungut tentang perjalanan hukum takdir Ilahi, seolah-olah Tuhan harus tunduk kepada hukum makhlukNYA. Siapa sebenarnya kita dengan Allah SWT!,DIA yang memberikan segala-galanya kepada kita. Dari setitis air mani, kita dijadikan insan yang sempurna dengan diberikan kehidupan dimana rezki yang telah ditakdirkan keatas kita, masih lagikah kita mengakui kesemua itu adalah hasil usaha kita?

Kebodohan manusia itu kerna tidak mahu memahami NAFSUnya sendiri. Masih berdiri dan berpaksikan di alam nyata dan lalai akan tugas manusia itu hanyalah HambaNYA, dan bukan menjadi Tuhan!.

Lupakah kita semua akan keegoan Malaikat Azazil yang degil dan bodoh tidak menturuti perintah Allah SWT agar sujud depan ADAM?

Lupakah kita bahawa bulan Ramadhan ini telah menjadi penjara iblis dan syaitan yang menyesatkan manusia, namun kenapa manusia masih sesat dan menyesatkan?

Lupakah kita dimana manusia tidak akan angkur segala perintah Allah SWT?apa sebabnya?

Ramadhan inilah kuncinya, kunci untuk mengenal NAFSU manusia atau NAFSU kita.

Monday, August 8, 2011

JIKA KAMU INGATKAN AKU, AKU AKAN INGATKAN DIRIMU

Anjung Muzakarah Sufi
Dimana titian kita sebenarnya sekarang?
Sewaktu di alam ROH (alam lu mahfuz), manusia telah berjanji dengan Allah SWT. Perjanjian itu dinamakan perjanjian antara Roh dengan Alah. Ataupun perjanjian diantara Nurullah dengan Nur Muhammad ataupun perjanjian Zat dengan Sifat. Dalam perjanjian atau pengakuan itu, Roh telah bersedia memperakui zat Allah sebagai Allah dan dia sebagai HAMBA.

"APAKAH AKU INI TUHANMU?, MAKA JAWAB SEKALIAN ROH, BAHKAN (YA) ENGKAULAH TUHANKU"- al Araf:172.

Adapun perjanjian ini bukan berat sebelah. Kedua mendapat keuntungan. Baik si Roh mahu pun Zat. Apabila roh telah memperakui yang zat adalah Tuhannya, maka secara automatik dia kena mengingati Zatnya. Disinilah menyebabkan roh diberikan sifat (manusia) untuk menzahirkan diriNYA. Iaitu rahsia zatulhaq (diri sebenar-benar diri).

Disinilah pentingnya perjanjian itu, tanpa perjanjian itu roh tidak akan mempunyai sifat dan zat pula tidak akan wujud dalam sebutan dan ingatan zahir. Kerana roh itu diberikan sifat maka ia hendaklah menjadi penyebut (zikir) kepada zat, dimana ia yang wujud memuji yang GHAIB.

Sekiranya ianya tidak puji dengan zahir, kewujudan zat itu tidak nyata, Ia akan hilang dalam ghaib begitu sahaja. Di sinilah Allah berfirman :"JIKA KAMU INGATKAN AKU, AKU AKAN INGATKAN DIRIMU".

Tujuan kita diberikan sifat,(dizahirkan) adalah untuk memberi tahu (makrifat) kepada diri kita sendir, tentang diriNYA serta untuk mengenali setiap apa yang wujud di atas alam ini. Tanpa adanya sifat diri NYA ini, maka mustahil kita akan dapat berdiri seperti hari ini,makrifat dengan ilmunya.

Kesimpulannya tujuan kita berzikir, mengingati Allah, melakukan amal ibadat adalah untuk mengingatkan kepada diri kita sendiri. Kita melakukan kebaikan kepada diri kita sendiri. kitalah memuji diri kita sendiri dan memulangkan pujian itu kepada diri kita jua, tapi harus sedar, adakah kita wujud tanpaNYA? 

maka pujian itu kembali kepadaNYA jua akhir. (kepada yang faham dan sedar).

"DARI ALLAH KAU DATANG KEPADA ALLAH KAU KEMBALIKAN"-AL BAQARAH:156

Perjanjian Kita

Kita masih didalam kandungan, selepas keluar dari rahim IBU.
Janganlah kita beranggapan bahawa dengan menunaikan perintah Allah itu adalah untuk kesenangan Allah. Allah sesungguhnya tidak mengharapkan kesenangan itu. Sebaliknya hasil dari amal ibadat kita adalah untuk diri kita sendiri. Jadi kalau kita tidak beramal ibadat, maka kita sendirilah yang rugi. Jadi disini timbul persoalan apakah sebenarnya hubungan kita dengan Allah SWT?

Kalau amal ibadat itu untuk kebaikan kita sendiri, jadi apakah peranan Allah memerintahkan supaya kita melakukan ibadat itu?

Kenapakah Allah bersusah payah memerintahkan kita? Kenapa DIA pandai pandai dan bertanggungjawab memperingatkan kita semua?

Kalau kita kembali kepada hakikat manusia dan hakikat Allah, sebenarnya kedudukan manusia dengan Allah itu saling kait mengait. Perhubungan itu seolah antara dua nama yang mewujudkan satu benda. Perhubungan yang cukup erat,rapat,intim dan akrab sekali (adakah kita sedari?). Umpama hubungan jasad dengan roh,sentiasa bersama,walaupun dimana mana kecuali meninggal dunia.

Perhubungan manusia dengan Tuhan laksana roh dengan jasad. Jika jasad tidak ada,maka roh tidak akan wujud. Begitu juga kalau tidak ada roh, jasad tidak akan bergerak dan dinamakan hidup.
Kerana demikian erat,rapat,intim dan akrablah maka kedua pihak sangat penting dan saling berhubungan diantara satu sama lain. Kewujudan Allah tidak akan diketahui tanpa adanya manusia, dan manusia tidak akan ada tanpa wujudnya Allah. Manusia adalah Maujud kepada yang Wujud. Disini menunjukkkan manusia ada, untuk mengistiharkan kewujudan Allah, dan Allah mengkhalaqkan manusia untuk menunjukkan keadaanNYA dan juga kekuasaanNYA.
Adapun kenapa Allah yang menjadi Rabbi, dan manusia menjadi Abdi, ialah kerana demikian perjanjian asal.

Perjanjian asal ini tidak boleh ditukar ganti ataupun dimansuh-mansuhkan lagi. Kerana perjanjian asal itu bersifat semula jadi (baqa).

Namun harus diingati, kita sering mengulangi perjanjian kita dengan Allah setiap hari. Setiap waktu yang ada 5 waktu dan setiap waktu, kita akan mengucap Kalimah Syahadah. Kalimah yang disebut dan diulang ulang setiap 5 waktu setiap hari. Itulah perjanjian kita dengan Allah SWT. Namun?

adakah kita memahami apa yang kita lafazkan kalimah syahadah setiap waktu?

adakah kita faham apa yang tersurat dan tersirat pada kalimah syahadah?

adakah kita yakin akan ikrar perjanjian kita dengan kalimah syahadah?

Friday, August 5, 2011

Kekuatanku adalah KekuatanMU jua,apalah kami ini.

Janganlah banyak berbicara tanpa berzikir kepada Allah, kerana banyak
berbicara tanpa berzikir kepada Allah merupakan kekerasan hati.
Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKU nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKU, dan janganlah kamu mengingkari nikmatKU" AlBaqarah 152.

Firman di atas menjadi kefahaman dan harus di pegang oleh kita, bagaimana untuk mendapat kasihNYA. Memang kita kena kasihkan kepada ALLAH SWT, barulah DIA kasihkan akan kita. Kerana Allah SWT mempunyai sifat tindak balas terhadap hambanya. Kalau kita berbuat baik kepadaNYA, maka DIA juga akan berbuat baik kepada kita. Jika kita selalu mengingati DIA, maka DIA juga akan mengingati kita selalu...

Masalahnya ialah bagaimanakah cara hendak mengasihi dan mengingati Allah SWT itu, sehingga DIA akan merasa kasih pula kepada kita?
Dimana tempat ingat kepada Allah? Dimana tempat nak letak ingatan kita kepada Allah?
Jika letak di hati?, dimanakah bertempatnya hati?. 
Hati halus bukan bertempat didalam dada dan bukan bertempat diluar dada. Hata yang ada di dalam dada itu, adalah hati kasar, yang dikatakan hati itu, adalah merujuk kepada hati halus?, hati halus bukan berada didalam dada dan bukan berada diluar dada, 
tapi dimana HATI?

Bagaimana cara nak meningati Allah, bagaimana cara nak meletakkan ingatan Allah dan bagaimana cara menempatkan Allah di dalam hati sedangkan hati bukan didalam dada?

Sunday, July 31, 2011

Bulan Yang Dijanjikan Akan Dapat Bertemu Dengan Allah SWT

Alhamdulillah atas kurnianNYA
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini
Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
Allah Maha Pengasih & Penyayang, sifatNYA kepada hambanya tidak berbelah bagi. Selagi hambanya berusaha dan berikhtiar mendampingiNYA, DIA akan memberi jalan tersebut kepada hambanya yang tidak berputus asa semata-mata Allah SWT.
Bertemu Allah SWT adalah tujuan kita sebenarnya. Ketepikan syurga dan neraka kerana itu bukanlah tujuan kita. Bulan Ramadhan adalah bulan yang diberikan khusus untuk hambanya. Bulan ini menjanjikan pertemuan dengan Allah SWT dengan syarat, kesemua amalan puasa yang dikerjakan pada bulan Ramadhan itu, hanya kerna DIA sahaja. Justeru itulah, amalan puasa ini hanya Allah SWT yang membalasnya sendiri di alam akhirat kelak.
Inilah salah satu jalan bertemu DIA selain mempelajari dan mengenal DIA, namun tidak dapat diceritakan dengan terperinci kerana ada sebilangannya sungguh sulit diceritakan dan sulit untuk difahami. 
Maka oleh itulah, kami selalu bermohon doa, "Ya Allah, Berikanlah aku kefahaman, dimana kefahaman ini adlah sebaik-baik rezeki untukku".

Friday, July 22, 2011

Kelebihan kata-kataNYA

Madinah 2008. Garis sempadan Imam diluar masjid.
SURAT YASIN
Diriwayatkan dari Anas R.A. ” sesungguhnya setiap sesuatu memiliki hati “. Dan hati al-qur’an di surat yasin. Barang siapa yang membacanya, Allah akan menulis baginya pahala seperti membaca al-qur’an sepuluh kali.

SURAT AL-WAQI’AH
Dari Ibnu Umar R.A. ” Bacalah kalian surat al-waqi’ah “. Dan ajarkanlah kepada anak-anak mu. Karena dengan membacanya mereka tidak akan faqir.

SURAT AD-DHUKHON
Dari Abu Hurairoh R.A. ” Barang siapa yang membaca surat Ad-dhukhon malam hari”. Niscaya keesokan harinya, tujuh puluh ribu malaikat memintakan ampunan baginya.

SURAT AL-MAA’RIJ
Barang siapa membacanya ketika mau tidur,” niscaya akan aman dari junub dan mimpi buruk “.

Dikutib dari kitab Al-Wasail

SURAT AL-MUZAMMIL
Barang siapa ingin berjumpa dengan nabi Muhammad S.A.W. dalam mimpi. ” Maka bacalah surat Al-Muzammil empat puluh satu kali “.

Dikutib dari kitab Al-Wasail

ALAM NASYROH
Al-Imam Syafi’i Rahimahullah berkata ” Barang siapa ingin merasa kenyang dan sabar dari rasa lapar “, maka bacalah surat Alam Nasyroh tujuh kali. Dan barang siapa ingin marahnya menjadi santun,” maka bacalah surat Alam Nasyroh setiap hari” satu kali. Dan barang siapa ingin merasakan tidur yang sedikit merasa cukup baginya,” Maka bacalah surat Alam Nasyroh tiga atau tujuh kali ketika hendak tidur. Dan barang siapa ingin kesulitannya dipermudahkan oleh Allah, ” Maka bacalah surat alam nasyroh tiga kali setiap selesai sholat lima waktu.

SURAT AL-QODR
” Barang siapa membacanya diwaktu setelah sholat isya sebanyak tujuh kali’, niscaya Allah akan melindunginya dari segala bala’ yang diturunkan pada malam itu, sampai pagi hari. Dan barang siapa membacanya satu kali setiap selesai sholat lima waktu, niscaya Allah akan menghapuskan kesedihan dan kesumpekannya, serta membawa keberkahan bagi rumahnya. Dan barang siapa membacanya tujuh kali ketika diatas kapal laut, tidak akan tenggelam dengan seizin Allah. Dan barang siapa yang membacanya setelah sholat jum’at, insya Allah akan diringankan hutangnya.

Dikutib dari kitab Ghoyatul Murtah

SURAT LAM YAQUNIL
Rosulullah S.A.W. bersabda ” Kalau seandainya manusia tahu apa yang ada didalam kandungan surat lam-yaqunil”, maka mereka akan meninggalkan keluarga dan hartanya untuk belajar surat lam-yaqunil, tidaklah seorang hamba membacanya melainkan Allah mengirimkan kepadanya malaikat untuk menjaga dirinya, agama dan hartanya. Dan jika ditulis didalam sebuah wadah untuk orang yang sulit baginya mencari jodoh, kemudian dihilangkan dengan air dan di siramkan ke seluruh badan. insya Allah akan dipermudahkan jodohnya. Dengan syarat salah satu dari hurufnya tidak terhapus atau hilang.

KEISTIMEWAAN BEBERAPA SURAT AL-QUR’AN
Barang siapa membaca surat ” Idza dzul “, maka seakan-akan membaca separoh Al-Qur’an.

Dan barang siapa membaca surat ” Qulya “, maka sama dengan membaca seperempat Al-Qur’an.

Barang siapa membaca surat “Al-’adiyat”, waktu dalam keadaan kesulitan ekonomi, insya Allah akan dilapangkan rezekinya dari jalan yang tidak terduga

Barang siapa yang membaca surat ” Al-Qori’ah”, kelak akan diberatkan timbangan kebaikannya.

Diriwayatkan dari Umar R.A. berkata, Rasulullah SAW bersabda ” Barang siapa membaca dalam satu malam seribu ayat. kelak ia akan berjumpa dengan Allah … dan Dia { Allah} senyum gembira kepadanya. Sayidinah Umar berkata, ” wahai Rosulullah siapa yang kuat membacanya seribu ayat ? ” Maka Rasulullah S.A.W. membaca surat ” Al-Haqumut takastur “, kemudian beliau berkata, ” Sungguh demi jiwaku yang ada digenggamannya, sesungguhnya surat Al-Haqumut takastur sama dengan membaca seribu ayat.

Barang siapa membaca surat ” Quraisy ” akan dihilangkan beban pikirannya, kesedihan, was-was dan dilindungi dari segala kejahatan. Dan kalau dibaca pada suatu makanan, maka akan dihilangkan oleh Allah bahaya dari makanan itu.

Surat Al-Fiil, membacanya seratus kali akan terlihat suatu yang mengherankan bagi musuh dan orang yang iri hati. Surat ini baik dibaca bagi orang yang memusuhinya atau hasud.

Surat “Qulya” dengan “Al-Ikhlas” disunahkan dibaca di dalam dua rokaat sholat istikara, tahiyatul masjid, sholat musafir, qobliyah subuh, sholat witir, sesudah towaf, sholat maghrib pada malam jum’at, dan sholat ba’diyah maghrib. Barang siapa membacanya didalam hajat sepuluh kali, insya Allah akan dikabulkan. Dan begitu pula dengan surat “An-Nasr” membacanya sama dengan membaca seperempat Qur’an.

.
SURAT AL-IKHLAS
Diriwayatkan dari Rasulullah S.A.W. bersabda ” Apakah kalian tidak dapat dalam semalam membaca sepertiga Al-Qur’an ? “, sahabat bertanya, ” Bagaimana caranya ya Rosulullah ? “, bacalah surat Al-Ikhlas , oleh karena membacanya sama dengan membaca sepertiga Al-Qur’an. Dan diriwayatkan dari Anas R.A. barang siapa yang hendak mau tidur maka tidurlah dengan berbaring dengan rusuk yang sebelah kanan, kemudian bacalah surat Al-Ikhlas seratus kali. maka jikalau datang hari kiamat, akan berkata kepadanya ” Wahai hambaku masuklah kamu dalam surga dari sebelah kanan. Dan barang siapa membacanya setiap hari lima puluh kali, kelak dipanggil pada hari kiamat dalam kuburannya, ” Wahai orang yang berbuat baik terhadap Allah “, bangkitlah dan masuklah ke surga.

Diriwayatkan dari Sahl bin Sa’ad R.A. berkata,” seorang laki-laki datang kepada Rosululllah S.A.W. kemudian mengeluh kepadanya akan ekonomi rumah tangganya, dan pekerjaannya. Lalu Rosulullah S.A.W berkata,” kalau kamu masuk kerumahmu, ucapkan salam kepada orang yang berada di rumah maupun tidak ada dirumah, kemudian bersholawatlah kepadaku dan bacalah surat Al-Ikhlas sekali. lalu orang itu mengerjakan apa yang telah dikatakan oleh Rosululllah S.A.W. Tak lama kemudian Allah memberikan rezeki kepadanya berlimpa ruah sampai-sampai kepada para tetangganya.

Diriwayatkan dari Sa’id ibnu Musayib, Dari Rosulullah S.A.W. bersabda, ” Barang siapa membaca surat Al-Ikhlas sebelas kali, niscaya Allah akan membangunkan sebuah istana untuknya di surga. Dan barang siapa membacanya dua puluh kali niscaya Allah akan membangunkan kepadanya dua istana dalam surga. Dan barang siapa membacanya tiga kali, niscaya Allah akan membangunkannya tiga istana didalam surga. Sayidina Umar berkata, ” Wahai Rosulullah ? kalau begitu istana kami sangat banyak di surga, Maka Nabi Muhammad S.A.W. berkata, ” wahai umar, sesungguhnya kekuasaan dan surga Allah lebih luas dari pada istana-istana itu.

ASMAUL HUSNA
” Ya Allah ” jika dibaca akan menambah keyakinan. Dan orang yang selalu membacanya setiap hari seribu kali, akan diberi kekuatan keyakinan dalam hatinya. Dan siapa yang membacanya pada hari jum’at sebelum sholat dengan keadaan bersuci dari hadats dan bersih badan dari kotoran dengan duduk sendirian membacanya dua ratus kali, insya Allah akan dimudahkan keinginannya.

Thursday, July 21, 2011

8 Lapan pelajaran

Adakah kami bangga kerna naik Haji?,tidak!, kerna kami faham, DIA yang
menghajikan kami,malah ada yang sudah Haji tapi belum dizahirkan,
tapi siapa?
Suatu hari, Syaqiq Al Balkhi berjumpa dengan Hatim. Syaqiq bertanya, “Selama sehari ini, ilmu apa saja yang sudah kau dapatkan?”

Hatim menjawab, “Aku mendapatkan lapan pelajaran:

Pertama, aku perhatikan segala sesuatu di dunia ini. Aku mendapati bahwa setiap orang memiliki kekasih yang sangat dicintainya. Lalu ketika ia mati, ia pun harus rela berpisah dengan kekasihnya. Maka aku menjadikan segala amal shalehku sebagai kekasihku supaya ia tetap bersamaku nanti di alam kubur.

Kedua, aku perhatikan firman Allah, “Dan orang yang menahan jiwanya dari hawa nafsu, maka surga adalah tempat kembalinya.” (QS. An Nazi’at:40) Maka aku berusaha dengan sungguh-sungguh melawan hawa nafsu agar aku tetap berada dalam ketaatan kepada Allah.

Ketiga, aku perhatikan bahwa setiap orang jika memiliki barang yang berharga, ia pasti selalu menjaganya dengan baik. Lalu aku perhatikan firman Allah, “Segala sesuatu yang berada padamu akan binasa, dan segala sesuatu yang berada pada Allah akan kekal abadi.” (QS. An Nahl: 96) Oleh karena itu, setiap kali aku memiliki barang berharga, aku selalu menitipkannya kepada Allah supaya menjadi kekal abadi selamanya.

Keempat, aku perhatikan manusia selalu berbangga-bangga dengan harta, keturunan dan jabatan, padahal semua itu tak ada harganya sama sekali. Lalu aku perhatikan firman Allah, “Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa.” (QS. Al Hujurat: 13) Oleh karena itu, aku berusaha menjadi orang yang bertakwa supaya menjadi mulia di mata Allah.

Kelima, aku perhatikan manusia saling mendengki dan iri hati. Lalu aku perhatikan firman Allah, “Aku telah membagi-bagi jatah hidup mereka.” (QS. Az Zukhruf: 32) Oleh karena itu, aku tinggalkan dengki dan iri hati.

Keenam, aku perhatikan manusia saling bermusuhan. Lalu aku perhatikan firman Allah, “Sesungguhnya syetan adalah musuh bagimu, maka jadikanlah ia sebagai musuh.” (QS. Fathir: 6) Oleh karena itu, aku tinggalkan permusuhan dengan sesama manusia, lalu aku menjadikan syetan sebagai satu-satunya musuhku.

Ketujuh, aku perhatikan manusia mengerah tenaga mereka untuk mengais rezeki. Lalu aku perhatikan firman Allah, “Tak ada satu melata pun di muka bumi ini melainkan Allah sudah menanggung rezekinya.” (QS. Hud: 6) Oleh karena itu, aku bekerja secukupnya dan seperlunya, dan aku tinggalkan sebagian lainnya.

Kelapan, aku perhatikan mereka hanya berharap dan mengandakan pada perniagaan, bisnis, serta kesehatan jasmani mereka saja. Maka, aku hanya berharap dan bertawakkal kepada Allah saja.

(Kitab Mukhtasar Minhajul Qashidin, Ibnu Qudamah)

Saturday, July 16, 2011

Tiada daya upaya kecuali berserta Allah-Ayat96 Surah as saaffaat

Kita sebenarnya tiada,namun Maha Kasih SayangNYA membuatkan kita
ada dan wujud, Maka perlulah kita mengenal sang pencipta kita.
Di awal perjalanan menuju Allah SWT, seseorang itu kuat beramal menuruti segala syariat. Dia melihat amalan itu sebagai kenderaan yang boleh membawanya hampir dengan Allah SWT.

Semakin kuat dia beramal semakin besarlah harapannya untuk berjaya dalam perjalanannya. Apibila dia mencapai satu tahap, pandangan mata hatinya terhadap amal mulai berubah beransur-ansur. Dia tidak lagi melihat amalan sebagai alat atau penyebab/asbab. Pandangannya beralih kepada KURINAAN Allah SWT. Dia melihat semua amalannya adalah kurniaan Allah SWT kepadanya dan kehampirannya dengan Allah SWT juga adalah kurnianNYA semata-mata.

Seterusnya terbuka hijab yang menutupi dirinya dan dia mengenali dirinya dan mengenali Tuhannya.

Dia melihat dirinya sangat lemah,jahil,serba kekurangan dan faqir. Tuhan adalah Maha Kaya, Berkuasa, Mulia, Bijaksana dan Sempurna dalam segala segi. Bila dia sudah mengenali dirinya dan Tuhannya, pandangan mata hatinya tertuju kepada Qudrat dan Iradat Allah SWT yang menerajui segala sesuatu dalam alam maya ini. Jadilah dia seorang arif yang sentiasa memandang kepada Allah SWT berserah diri kepadaNYA, bergantung dan bermohon kepadaNYA. 

Dia hanya hamba Allah SWT yang dhaif dan lemah.

Thursday, July 14, 2011

Dimana kita sekarang?

Dimana kita sekarang?

Orang yang tidak beriman kepada Allah berada dalam situasi yang berbeza. Pergantungan mereka hanya tertumpu kepada amalan mereka yang terkandung didalamnya ilmu dan usaha.

Apabila mereka mengadakan sesuatu usaha berdasarkan kebolehan,kepandaian dan pengetahuan yang mereka ada, mereka memgharapkan hasil yang setimpal. Jika ilmu dan usaha gagal mendatangkan hasil, mereka tidak mempunyai tempat bersandar lagi. Jadilah mereka orang yang berputus asa. Mereka tidak dapat melihat HIKMAT kebijaksanaan Allah SW mengatur perjalanan taqdir dan mereka tidak mendapat rahmat dariNYA.
Ramai kaum muslimin yang lain mengaitkan amal kebaikan dengan kemuliaan hidup di akhirat kelak. Mereka memandang amal salih sebagai TIKET untuk memasuki syurga, juga menjauhkan azab api neraka. Kerohanian orang bersandar kepada amal adalah sangat lemah, terutamanya mereka yang mencari keuntungan keduniaan dengan amal mereka.

Mereka tidak tahan menempuh ujian.

Mereka mengharapkan perjalan hidup mereka sentiasa selesa.

Mereka mengharapkan segala-galanya berjalan menurut apa yang dirancangkan.

Apabila sesuatu itu berlaku di luar jangkaan, mereka cepat melatah, panik dan gelisah. Bala bencana membuat mereka merasakan yang merekalah manusia yang paling malang di atas muka bumi ini.

Bila berjaya memperoleh sesuatu kebaikan, mereka merasakan kejayaan itu disebabkan kepandaian dan kebolehan mereka sendiri. Mereka mudah menjadi ego serta suka menyombong. Kesyukuran kefahaman yang datang pun hanya di bibir saja, hanya menunjuk kepada orang ramai.

Apabila rohani seseorang bertambah teguh dia melihat amal itu sebagai jalannya mendekatkan diri dengan Allah SWT. Hatinya tidak lagi cenderung kepada faedah duniawi dan ukrawi, tetapi dia berharap untuk mendapatkan kurniaan Allah SWT seperti terbukanya hijab-hijab yang menutupi hatinya. HIJAB yang menghalangnya SELAMA INI untuk mengenal Allah SWT.

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

Penyerahan mutlak

AMS
DIA Maha mengetahui segalanya

"Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya(Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".

Ayat di atas menceritakan bahwa orang yang beriman kepada Allah SWT meletakkan pergantungan kepadaNYA walau apa dalam sekali pun keadaannya.

Pergantungan kepada Allah SWT membuat hati tidak berputus asa dalam menghadapi dugaan hidup. Kegagalan mendapatkan sesuatu yang diingini bukan bermakna tidak menerima pemberian Allah SWT. Selagi orang itu beriman dan bergantung kepadaNYA selagi itulah DIA Maha melimpahkan rahmatNYA.

Kegagalan memperolehi apa yang dihajatkan bukan bermakna tidak mendapat rahmat Allah SWT. Apa jua yang DIA lakukan kepada orang yang beriman pasti terdapat rahmatNYA, walaupun dalam soal tidak menyampaikan hajatnya. Keyakinan terhadap yang demikian menjadikan orang yang beriman tabah menghadapi segala ujian hidup, tidak sekali-kali berputus-asa. Mereka yakin bahwa apabila mereka sandarkan segala perkara kepada Allah SWT, maka apa jua amal kebaikan yang mereka lakukan tidak akan menjadi sia-sia.Justru itulah keyakinan kita adalah penyerahan mutlak keatas DIA.

Saturday, July 9, 2011

Tanya ku pada diri apakah ini semua cobaan belaka Kesal ku tak berakhir menduga keyakinan ku kepadaNYA Batin ku menjerit namun tiada suara

Sampaikan dariku walau hanya satu ayat-Sabda Rasulullah SAW.
Ku terpegun di jendela bila hujan gerimis senja, 
Tak ku lihat di hadapan ku diri ku dalam lamunan,
Tiada lain yang ku bayangkan hanyalah peristiwa itu,
Dosa-dosa yang ku lakukan tetap mengganggu batin.
Tanya ku pada diri apakah ini semua cobaan belaka,
Kesal ku tak berakhir menduga keyakinan ku kepadaNYA,
Batin ku menjerit namun tiada suara,
Aku cuba menyatukan semua harapan yang berkecai,
Tuhan ku bimbingkanlah diri ku agar kesal ku hilang,
Gerimis sungguh mencengkam tiada dapat ku tahan lagi,
Sungguh-sungguh tak ku menduga hingga jadi begini....

Wednesday, July 6, 2011

Mati bersendirian? hayati ayat-ayat ini

Pandanganku adalah pandanganMU,bukan milik kami.
Secara umumnya hakikat lahir manusia itu adalah dibentuk dari 4 unsur,tanah-air-angin-api, unsur lahiriah ini yang boleh dirasa,dihidu dan dilihat. 

Kebanyakan dari kita tahu akan keempat unsur ini. Tapi, kita harus ingat keempat unsur ini hanya untuk membentuk jasad dan sarung atau membina rangka luaran kita. 

Satu bahagian lagi DIRI kita yang harus kita tau ialah, diri yang bernama rohani itu, atau dalam bahasa mudahnya ialah nyawa (ROH) itulah yang Tuhan tiup dan masukkan dalam sarung kita. Inilah yang perlu kita ketahui dari mana datangnya dan bagaimana ia datang, kemudian ia pergi dari kita.

Jadi?
1.Adakah kita akan meninggalkan dunia ini berseorangan diri?
2.Adakah kita berseorang diri di lianglahad?
3.Adakah kita berseorang diri menghadap Tuhan?
4.Adakah kita berseorangan diri sekarang? dimana saudara-saudaramu?
Jika kita tidak kenal saudaramu, unsur tanah akan menghimpit remuk kita dalam tanah kubur.
Jika kita tidak kenal saudaramu, unsur api akan membakarmu diliang lahad.
Jika kita tidak kenal saudaramu, unsur air akan melemaskanmu diliang lahad dengan airnya.
Jika kita tidak kenal saudaramu, unsur angin akan menghempasmu pelusuk liang lahadmu dengan angin membadai.

Senang mengatakan, kita akan mati bersendirian, sedangkan natijahnya, benar kita akan mati seorang diri jika kita tidak kenal diri dan tidak kenal akan Tuhan mu!.

Ampun dan maaf ku pinta, aku hanya hamba Allah yang dhaif dan hina. KeredhaanMU yang ku pohon.

Sunday, July 3, 2011

Peperangan Sengit


Peperangan yang lebih besar dari perang UHUD, KHANDAK dan lain-lain peperangan ialah "Peperangan dalam diri sendiri (Hati)".
Setiap saat denyut jantung ini akan terus berperang,sehingga akhir nafas ini. Sesungguhnya, Iblis itu menanti saat dan tika untuk merosakkan anak Adam!. Justeru itu,kita wajib mengenal siapa Adam, siapa kita dan siapa DIA. Sekiranya kita tidak bersenjata (ZIKIR), nescaya pasti kecundang!.
Kelura nafas anak Adam adalah zikir! 6,666 sehari semalam nafas keluar dan masuk, sekiranya anak Adam tidak bersenjata, pasti ia kecundang!,
carilah rahsia mengenal Allah, sesungguhnya jika tidak dikenali hijab nafsu kita, ia pasti memudaratkan kita semua. Kenal saudaramu,baru kamu kenal kamu.

Thursday, June 30, 2011

Pertemuan yang WAJIB

Mari kita bersama mencari jalannya.

Perjumpaan hamba dengan Allah SWT adalah satu kemestian.

Tidak boleh tidak. 


Tidak sah seseorang hamba itu kalau dia tidak bertemu dengan Allah SWT.

Perjumpaan itu sebagai menandakan sebagai seorang hamba itu memang mempunyai hubungan kait di antara satu sama lain. 


Perjumpaan itu juga adalah wajib untuk saling kenal mengenali diantara satu sama lain.

Sesiapa yang tidak kenal atau bertemu dengan Allah, kesannya begitu amat buruk sekali. 


Orang yang tidak kenal akan Allah, keadaannya tak ubahlah seperti orang yang tidak ada Allah.


Mereka yang tidak kenal Allah samalah sepeti orang yang tidak ada tuhan. Dan mereka yang tidak ada Allah, hidupnya tidak membawa apa-apa erti, hanya mengharap balasan pahala dan syurga. 


Padahal, apalah haq kita sebagai hamba? jika tidak mengenal Allah SWT, macamana mahu memohon? atau meminta?


Silalah mencari siapa diri kita sebenarnya....

Monday, June 20, 2011

Mukholafatulihawadits


Dimana pintu yang harus dimasuki?

Kenapa payah untuk mengenali Tuhanmu?

ini kerna Allah itu tidak terbentuk, berhuruf, berwarna dan bertentangan dengan sifat-sifat zahir alam ini kerna ia berdiri di atas sifat Mukholafatulihawadits : "TIDAK ADA SESUATU PUN YANG SERUPA DENGAN DIA"-As Syura 11. Kalau silap pegangan dan pemahaman menyebabkan kita syirik dengan Allah SWT ataupun menjadikan kita bertuhan kepada diri sendiri (AKU). Justeru itu, tidak ada sesiapa di dalam dunia ini, telah mengaku dapat berjumpa dengan Allah, melainkan setakat kenal ZAT, SIFAT, ASMA dan AFAALnya sahaja. Zat Allah pun tidak siapa yang kenal.

Seandainya ada dakwaan mengatakan seseorang itu pernah berjumpa dengan Allah seperti mana dia pernah berjumpa dengan makhluk biasa, dakwaan itu tiada boleh dipercayai. Ia hanya dongeng semata-mata, satu rekaan yang dilandaskan kepada fantasia fikirannya. Dakwaan itu hanya untuk menjual kehebatan diri sahaja, kononnya dia sudah sampai ke peringkat MUQARABBIN.

Kenapa kami berkata begitu? kerna sekalian daripada Nabi besar Muhammad SAW dan para Rasul lain, tidak ada manusia yang dapat memandang Nur Allah secara pasti. Tidak mungkin bagi manusia biasa yang tidak terpilih dan diistimewakan dapat berkenalan atau berjumpa dengan Allah seperti mana yang pernah berlaku kepada Rasul-RasulNYA dan para NabiNYA itu.

Awal agama kita semua

Jangan tergelincir dengan arus dunia

AWALUDIN MAKRIFATULLAH-"Awal agama ialah mengenal Allah". 

Paling wajib dan paling bermakna dalam kehidupan seseorang itu ialah apabila ia mempunyai agama,di mana ia memahami asal-usul agamanya. Ketamadunan dan kemuliaan hidup manusia itu diukur melalui agamanya. Sementara kemuliaan dia dalam beragama itu pula bergantung sejauh mana dia kenal akan Tuhannya. Kalau seseorang itu tidak mengenali Tuhan yang menurunkan agama untuknya itu, maka agama (aqidah) itu tidak sah. Bagaimana bijak dia membaca ayat-ayat Tuhannya, ayay yang dibacanya itu SEDIKIT pun tidak memberi apa-apa makna dan erti kepadanya. Dan taraf hidupnya tak ubah seperti burung Tiong yang pandai bersiul tetapi tidak tahu apa maknanya siulan itu.
Justeru itu tugas mengenal Allah bukan tugas yang ringan dan boleh diremeh-temehkan. 

Tugas mengenali Tuhan, adalah tugas ZAHIR & BATHIN yang amat sulit dalam kehidupan manusia. Tugas mengenal Tuhanlah tugas yang berat sekali. Lantaran itu terbit hadis yang berbunyi, awaluddin makrifatullah (awal agama itu mengenal Allah).

Sunday, June 12, 2011

AlQuran yang tersurat dan tersirat? manusia malas mencari dan menghayatinya.


Apa yang kita pandang?
Kisah Nabi Allah Ibrahim dibakar oleh api, dengan penuh penyerahan mutlak,beliau melangkah akan takdirnya,namun dengan keredhaan Allah SWT,beliau tidak dibakar oleh api itu. Ini adalah kisah yang telah terjadi dan terkandung di dalam kitab AlQuran untuk renungan dan peringatan kita semua.
Tapi, dalam AlQuran juga telah menceritakan segala apa yang telah terjadi di Neraka dan di Syurga. Pelbagai kisah diceritakan kepada kita bagaimana siksaan perit yang amat sangat di Neraka hingga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Begitu juga dengan kisah di syurga, kenikmatan yang tidak terhingga, semuanya sungguh indah sekali.
Inilah yang perlu difahami,direnungi dan dihayati...,AlQuran adalah rujukan kita semua, bahkan Rasulullah SAW meninggalkan Qalamullah ini untuk dijadikan panduan kita semasa di dunia ini sebelum ke alam barzakh dan ke alam akhirat.

Sedangkan makna ALIF LAMM MIN pun kita malas mahu mencari pengertiannya!, pendek kata, biarlah Allah SWT yang tahu maksudnya. Sedangkan DIA sendiri mahu insan mengenal perbendaharaanNYA!, DIA mahu DIA dikenali oleh kita semua.

Kita hanya menghafal AlQuran namun kita fahami isinya?

Kita fahami isi AlQuran namun adakah kita menghayatinya?

KIta menghayati AlQuran namun adakah kita selari dengan AlQuran?

AlQuran telah menceritakan segala-galanya dari awal kejadian alam semesta hingga kedudukan syurga dan neraka,adakah kita faham? apa sebenarnya yang tersurat dan tersirat? 

Umpama kejadian ini telah berlaku,namun diceritakan kembali kepada kita semua, jadi? kenapa kita masih di sini? masih hidup? belum kiamat? Wallahuallam....

seolah-olah kita melakon kembali watak kita, dan AlQuran menjadi landasan agar kita tidak lupa janji kita yang kita lafazkan di depan Allah SWT sebelum diturunkan ke dunia ini...

"AKU BERSAKSI TIADA TUHAN YANG AKU SEMBAH SELAIN ALLAH,DAN MUHAMMAD ITU ADALAH PERSURUHNYA".

dan kita juga akan kembali denganNYA berserta kalimah yang lafazkan di atas,namun adakah kita menemuinya dan memahaminya.
Kerna bila saat kita menghadapi kiamat kecil iaitu waktu nazak , tika itu, nafas dari jantung akan terhenti,kita akan panik sakan dan dapat lagikah kita menyebut kalimah itu dikala nafas jantung mulai kaku?
sedangkan kita tidak memahami kalimah syahadah yang tersurat dan tersirat.
sedangkan ramai yang tidak tahu bahawa kalimah syahadah tidak akan berhuruf bila ilmuNYA berserta dengan kita,iaitu insan,yang mempunyai 4 unsur,tanah,air,angin dan api, serta insan yang ada pada diri ALIF, DAL, MIM. Allah ada di dalam Muhammad...,itulah yang kita cari,cari dan cari.
Janganlah manusia itu tergolong orang yang rugi, kerna semua arwah-arwah yang telah meninggal dan diseksa diliang lahad, telah bermohon kepada Allah Maha Kuasa akan dimohon dihidupkan kembali di dunia ini walaupun 1 hari, kerana mereka ingin mencari DIA dan memahami DIA, Allah SWT, meliputi segala alam...

Sunday, June 5, 2011

Oh Tuhanku KepadaMu ku pohon ampun doa restu Lindungilah daku yang tidak berdaya Di bumiMu ini

Sendirian sentiasa


Gelombang
Nasibku dirundung malang,Sederas gelombang,Menghempas di pantai,Semalam aku ternoda,Dalam sinar cahaya di jendela,Tiada esok lagi,Gelap masa depan,Sinar hidup,ini tiada erti,Hidupku seperti badai,Tak henti gelora,Musnahlah segala,Perasaan dan harapan,Untuk hari esok tiada lagi, Oh Tuhanku...,KepadaMu ku pohon ampun doa restu,Lindungilah daku yang tidak berdaya,Di bumiMu ini.......

"Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang."


Dengan siapa kita menyebut namaNYA?,
adakah kita yang menyebutnya?,
memang syariahnya, kita yang menyebutnya, namun yang sebenarnya yang tersirat dan tersurat, dengan siapa yang menyebutnya?  
adakah kita menyebutnya sendirian? menyebut seorang diri? 
sedangkan di dalam kita ada lagi kewujudannya yang kita tidak sedari dan tidak mahu ambil tahu akan kewujudan dalam diri kita sendiri, maka itulah manusia sering kerugian, sedangkan di dalam diri sendiri ada sudah dibekalkan semasa dilepaskan ke dunia ini, namun keegoan manusia membuatkan tolol,bodoh,lupa dan lalai segalanya,seolah-olah bila kita kembali kepada Allah SWT, DIA akan menerima kita!, padahal bagaimana DIA mahu menerima kita,jika kita tidak mahu mengenal DIA, Raja Perbendaharaan Segalanya!

Jadi? dengan nama siapa yang menyebut "Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang"?, adakah kita? TIDAK!!!, kita tidak bersendirian sekarang, sedangkan DIA pernah berfirman dimana ada Muhammad, disanalah ada ALLAH.

Adakah kita kenal Muhammad? bukan Nabi Muhammad atau Rasullullah SAW.

Adakah kita kenal Allah? kita tidak diajar mengenalnya,padahal Rasullulah SAW mengenal ISLAM dengan mengenal ALLAH terlebih dahulu! adakah kita menturuti syariah Rasullulah SAW? ada, dengan memelihara janggut!!!.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang...,

DIA memang maha segalanya, tapi bila kita menyebutnya,adakah sifat-sifatnya pengasih dan penyayang ada di dalam diri kita?,iya memang ada,tapi pandai berselindung,jika terjumpa kaum kafir sifat pengasih dan penyayang tiada pada diri kita dan hanya lakonan semata-mata demi persahabatan,padahal sifat itu MUTLAK sekian lama pada diri kita. Sedangkan DIA ghaib dengan zatNYA,nyata pada hambaNYA.

Sifatnya ada pada diri kita,cuma kita bodoh,tolol,temberang,egois dan lalai mahu mengenal sifatNYA sebab kita cukup yakin ALLAH akan menerima kita, sedangkan kita belum kenal DIA lagi....