Saturday, August 13, 2011

Egoisnya Manusia Yang Bodoh

Rumah Allah ada dimana-mana,tapi bukan saja di masjid.
Dalam perjalanan menuju Allah SWT ada sebahagian orang yang tertinggal di belakang walaupun sudah melakukan amal yang sama seperti yang dilakukan oleh orang lain yang lebih maju. Seperti bulan yang mulia ini, bulan Ramadan memberikan kita peluang mengamalkan segala amalan seperti solat sunat terawih,tadarus,sedekah dan bermacam-macam lagi,kerna apa yang pasti segalanya akan dibayar dengan pahala oleh Allah SWT (perlukah lagi balasan?).

Satu halangan yang menyekat golongan yang tertinggal itu adalah KEBODOHANNYA yang tidak mahu tunduk atas ketentuan Allah SWT. Dia masih dipermainkan oleh NAFSU & AKAL yang menghijab hatinya daripada melihat Allah SWT pada apa yang dilihat.
Pandangan mereka hanya tertuju kepada alam benda dan perkara zahirnya iaitu nyata di depan mata saja. Mereka melihat kepada keberkesanan hukum sebab musabab dan meletakkan pergantungan kepada AMALNYA!!!!. Manusia,mereka dan dia, yakin bahawa boleh mendapatkan apa yang di ingini melalui USAHANYA.

Manusia ini masih berpusing-pusing di dalam kesamaran dan keraguan. Nafsunya tetap melahirkan keinginan-keinginan. Keinginan diri sendiri ini menjadi rantai yang mengikat kaki daripada berjalan menuju Allah SWT. Bagaimana boleh manusia mendekati Allah SWT jika mereka ENGGAN menjadikan Allah SWT sebagai PENGURUS semua aspek kehidupannya. Walaupun manusia rela dan membantah, Allah SWT tetap melaksanakan ketentuanNYA. Allah SWT melaksanakan kehendakNYA pada setiap masa dan tidak ada sesiapa yang dapat menghalangNYA.


Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. 

Ayat 29 Ar-Rahman. 

Allah SWT sahaja yang mencipta, meletakkan hukum dan peraturan, menbahagikan rezeki dan lain-lain. DIA menentukan urusan dengan bijaksana dan adil, termasuklah urusan mengenal dirikita dan apa yang terjadi pada kita. Kita memandang diri kita dan kejadian yang menimpa kita dalam skop yanng kecil. Walhal, Allah SWT melihat kepada seluruh alam semesta tanpa keliru pandanganNYA kepada diri kita dan kejadian yang menimpa kita, juga tida pernah beralih pandanganNYA dari makhlukNYA yang lain.

Urusan pentadbiranNYA adalah menyeluruh dan sempurna,malah MAHA segalanya!. Manusia yang tidak berbekas pada hatinya akan kesempurnaan Allah SWT itu adalah orang dungu. Dia masih juga merungut tentang perjalanan hukum takdir Ilahi, seolah-olah Tuhan harus tunduk kepada hukum makhlukNYA. Siapa sebenarnya kita dengan Allah SWT!,DIA yang memberikan segala-galanya kepada kita. Dari setitis air mani, kita dijadikan insan yang sempurna dengan diberikan kehidupan dimana rezki yang telah ditakdirkan keatas kita, masih lagikah kita mengakui kesemua itu adalah hasil usaha kita?

Kebodohan manusia itu kerna tidak mahu memahami NAFSUnya sendiri. Masih berdiri dan berpaksikan di alam nyata dan lalai akan tugas manusia itu hanyalah HambaNYA, dan bukan menjadi Tuhan!.

Lupakah kita semua akan keegoan Malaikat Azazil yang degil dan bodoh tidak menturuti perintah Allah SWT agar sujud depan ADAM?

Lupakah kita bahawa bulan Ramadhan ini telah menjadi penjara iblis dan syaitan yang menyesatkan manusia, namun kenapa manusia masih sesat dan menyesatkan?

Lupakah kita dimana manusia tidak akan angkur segala perintah Allah SWT?apa sebabnya?

Ramadhan inilah kuncinya, kunci untuk mengenal NAFSU manusia atau NAFSU kita.

Monday, August 8, 2011

JIKA KAMU INGATKAN AKU, AKU AKAN INGATKAN DIRIMU

Anjung Muzakarah Sufi
Dimana titian kita sebenarnya sekarang?
Sewaktu di alam ROH (alam lu mahfuz), manusia telah berjanji dengan Allah SWT. Perjanjian itu dinamakan perjanjian antara Roh dengan Alah. Ataupun perjanjian diantara Nurullah dengan Nur Muhammad ataupun perjanjian Zat dengan Sifat. Dalam perjanjian atau pengakuan itu, Roh telah bersedia memperakui zat Allah sebagai Allah dan dia sebagai HAMBA.

"APAKAH AKU INI TUHANMU?, MAKA JAWAB SEKALIAN ROH, BAHKAN (YA) ENGKAULAH TUHANKU"- al Araf:172.

Adapun perjanjian ini bukan berat sebelah. Kedua mendapat keuntungan. Baik si Roh mahu pun Zat. Apabila roh telah memperakui yang zat adalah Tuhannya, maka secara automatik dia kena mengingati Zatnya. Disinilah menyebabkan roh diberikan sifat (manusia) untuk menzahirkan diriNYA. Iaitu rahsia zatulhaq (diri sebenar-benar diri).

Disinilah pentingnya perjanjian itu, tanpa perjanjian itu roh tidak akan mempunyai sifat dan zat pula tidak akan wujud dalam sebutan dan ingatan zahir. Kerana roh itu diberikan sifat maka ia hendaklah menjadi penyebut (zikir) kepada zat, dimana ia yang wujud memuji yang GHAIB.

Sekiranya ianya tidak puji dengan zahir, kewujudan zat itu tidak nyata, Ia akan hilang dalam ghaib begitu sahaja. Di sinilah Allah berfirman :"JIKA KAMU INGATKAN AKU, AKU AKAN INGATKAN DIRIMU".

Tujuan kita diberikan sifat,(dizahirkan) adalah untuk memberi tahu (makrifat) kepada diri kita sendir, tentang diriNYA serta untuk mengenali setiap apa yang wujud di atas alam ini. Tanpa adanya sifat diri NYA ini, maka mustahil kita akan dapat berdiri seperti hari ini,makrifat dengan ilmunya.

Kesimpulannya tujuan kita berzikir, mengingati Allah, melakukan amal ibadat adalah untuk mengingatkan kepada diri kita sendiri. Kita melakukan kebaikan kepada diri kita sendiri. kitalah memuji diri kita sendiri dan memulangkan pujian itu kepada diri kita jua, tapi harus sedar, adakah kita wujud tanpaNYA? 

maka pujian itu kembali kepadaNYA jua akhir. (kepada yang faham dan sedar).

"DARI ALLAH KAU DATANG KEPADA ALLAH KAU KEMBALIKAN"-AL BAQARAH:156

Perjanjian Kita

Kita masih didalam kandungan, selepas keluar dari rahim IBU.
Janganlah kita beranggapan bahawa dengan menunaikan perintah Allah itu adalah untuk kesenangan Allah. Allah sesungguhnya tidak mengharapkan kesenangan itu. Sebaliknya hasil dari amal ibadat kita adalah untuk diri kita sendiri. Jadi kalau kita tidak beramal ibadat, maka kita sendirilah yang rugi. Jadi disini timbul persoalan apakah sebenarnya hubungan kita dengan Allah SWT?

Kalau amal ibadat itu untuk kebaikan kita sendiri, jadi apakah peranan Allah memerintahkan supaya kita melakukan ibadat itu?

Kenapakah Allah bersusah payah memerintahkan kita? Kenapa DIA pandai pandai dan bertanggungjawab memperingatkan kita semua?

Kalau kita kembali kepada hakikat manusia dan hakikat Allah, sebenarnya kedudukan manusia dengan Allah itu saling kait mengait. Perhubungan itu seolah antara dua nama yang mewujudkan satu benda. Perhubungan yang cukup erat,rapat,intim dan akrab sekali (adakah kita sedari?). Umpama hubungan jasad dengan roh,sentiasa bersama,walaupun dimana mana kecuali meninggal dunia.

Perhubungan manusia dengan Tuhan laksana roh dengan jasad. Jika jasad tidak ada,maka roh tidak akan wujud. Begitu juga kalau tidak ada roh, jasad tidak akan bergerak dan dinamakan hidup.
Kerana demikian erat,rapat,intim dan akrablah maka kedua pihak sangat penting dan saling berhubungan diantara satu sama lain. Kewujudan Allah tidak akan diketahui tanpa adanya manusia, dan manusia tidak akan ada tanpa wujudnya Allah. Manusia adalah Maujud kepada yang Wujud. Disini menunjukkkan manusia ada, untuk mengistiharkan kewujudan Allah, dan Allah mengkhalaqkan manusia untuk menunjukkan keadaanNYA dan juga kekuasaanNYA.
Adapun kenapa Allah yang menjadi Rabbi, dan manusia menjadi Abdi, ialah kerana demikian perjanjian asal.

Perjanjian asal ini tidak boleh ditukar ganti ataupun dimansuh-mansuhkan lagi. Kerana perjanjian asal itu bersifat semula jadi (baqa).

Namun harus diingati, kita sering mengulangi perjanjian kita dengan Allah setiap hari. Setiap waktu yang ada 5 waktu dan setiap waktu, kita akan mengucap Kalimah Syahadah. Kalimah yang disebut dan diulang ulang setiap 5 waktu setiap hari. Itulah perjanjian kita dengan Allah SWT. Namun?

adakah kita memahami apa yang kita lafazkan kalimah syahadah setiap waktu?

adakah kita faham apa yang tersurat dan tersirat pada kalimah syahadah?

adakah kita yakin akan ikrar perjanjian kita dengan kalimah syahadah?

Friday, August 5, 2011

Kekuatanku adalah KekuatanMU jua,apalah kami ini.

Janganlah banyak berbicara tanpa berzikir kepada Allah, kerana banyak
berbicara tanpa berzikir kepada Allah merupakan kekerasan hati.
Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKU nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKU, dan janganlah kamu mengingkari nikmatKU" AlBaqarah 152.

Firman di atas menjadi kefahaman dan harus di pegang oleh kita, bagaimana untuk mendapat kasihNYA. Memang kita kena kasihkan kepada ALLAH SWT, barulah DIA kasihkan akan kita. Kerana Allah SWT mempunyai sifat tindak balas terhadap hambanya. Kalau kita berbuat baik kepadaNYA, maka DIA juga akan berbuat baik kepada kita. Jika kita selalu mengingati DIA, maka DIA juga akan mengingati kita selalu...

Masalahnya ialah bagaimanakah cara hendak mengasihi dan mengingati Allah SWT itu, sehingga DIA akan merasa kasih pula kepada kita?
Dimana tempat ingat kepada Allah? Dimana tempat nak letak ingatan kita kepada Allah?
Jika letak di hati?, dimanakah bertempatnya hati?. 
Hati halus bukan bertempat didalam dada dan bukan bertempat diluar dada. Hata yang ada di dalam dada itu, adalah hati kasar, yang dikatakan hati itu, adalah merujuk kepada hati halus?, hati halus bukan berada didalam dada dan bukan berada diluar dada, 
tapi dimana HATI?

Bagaimana cara nak meningati Allah, bagaimana cara nak meletakkan ingatan Allah dan bagaimana cara menempatkan Allah di dalam hati sedangkan hati bukan didalam dada?