Wednesday, July 23, 2008

Rahsia Solat Dhuha

Allah SWT dalam beberapa ayat bersumpah dengan waktu dhuha. Dalam pembukaan surat Assyams, Allah berfirman, ''Demi matahari dan demi waktu dhuha.'' Bahkan, ada surat khusus di Alquran dengan nama Addhuha.

Pada pembukaannya, Allah berfirman, ''Demi waktu dhuha.'' Imam Arrazi menerangkan bahwa Allah SWT setiap bersumpah dengan sesuatu, itu menunjukkan hal yang agung dan besar manfaatnya. Bila Allah bersumpah dengan waktu dhuha, berarti waktu dhuha adalah waktu yang sangat penting. Benar, waktu dhuha adalah waktu yang sangat penting. Di antara doa Rasulullah SAW: Allahumma baarik ummatii fii bukuurihaa. Artinya, ''Ya Allah berilah keberkahan kepada umatku di waktu pagi.''

Ini menunjukkan bahwa orang-orang yang aktif dan bangun di waktu pagi (waktu subuh dan dhuha) untuk beribadah kepada Allah dan mencari nafkah yang halal, ia akan mendapatkan keberkahan. Sebaliknya, mereka yang terlena dalam mimpi-mimpi dan tidak sempat shalat Subuh pada waktunya, ia tidak kebagian keberkahan itu.

Abu Dzar meriwayatkan sebuah hadis. Rasulullah SAW bersabda, ''Bagi tiap-tiap ruas anggota tubuh kalian hendaklah dikeluarkan sedekah baginya setiap pagi. Satu kali membaca tasbih (subhanallah) adalah sedekah, satu kali membaca tahmid (alhamdulillah) adalah sedekah, satu kali membaca takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh berbuat baik adalah sedekah, dan mencegah kemungkaran adalah sedekah. Dan, semua itu bisa diganti dengan dua rakaat shalat Dhuha.'' (HR Muslim).

Aisyah menceritakan bahwa Rasulullah SAW selalu melaksanakan shalat Dhuha empat rakaat. Dalam riwayat Ummu Hani', ''Kadang Rasulullah SAW melaksanakan shalat Dhuha sampai delapan rakaat.'' (HR Muslim). Imam Attirmidzi dan Imam Atthabrani meriwayatkan sebuah hadis yang menjelaskan bahwa bila seseorang melaksanakan shalat Subuh berjamaah di masjid, lalu ia berdiam di tempat shalatnya sampai tiba waktu dhuha, kemudian ia melaksanakan shalat Dhuha, ia akan mendapatkan pahala seperti naik haji dan umrah diterima. Para ulama hadis merekomendasikan hadis ini kedudukannya hasan.

Jelaslah bahwa shalat Dhuha sangat penting bagi orang beriman. Penting bukan karena--seperti yang banyak dipersepsikan--shalat Dhuha ada hubungannya dengan mencari rezeki, melainkan ia penting karena sumpah Allah SWT dalam Alquran. Maka, sungguh bahagia orang-orang beriman yang memulai waktu paginya dengan shalat Subuh berjamaah di masjid, lalu dilanjutkan dengan shalat Dhuha.

4 golongan penggoda

Menurut Sayid Qutb, terdapat empat golongan penghasut dari kalangan manusia iaitu :
  • Kawan jahat menabur kejahatan ke dalam hati dan akal kawannya tanpa disedari
  • Provokator/dalang para pegawai membisik idea jahat kepada tuannya hingga para pegawai itu menzalimi rakyat.
  • Tukang umpat menggunakan kata-kata indah dengan licik hingga kepalsuan yang disebarkan kelihatan seolah-olah benar.
  • Dan penjual nafsu, dengan gaya yang amat menarik, menyelinap masuk daripada pintu naluri. Ia tidak dapat ditolak melainkan dengan kekuatan iman dan pertolongan Allah SWT.
Manusia ini yang lebih jahat dari syaitan yang direjam, Auzubillah....

Thursday, July 17, 2008

Surah Al-Ihklas hikmatnya

Bacalah ayat ini sebelum memulakan apa2 saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat,amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tigaminit? tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil boleh mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas 3 kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kpd orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Friday, July 11, 2008

Orang-orang Yang Didoakan Oleh Para Malaikat

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu shalat.
3. Orang – orang yang berada di shaf barisan depan di dalam shalat berjamaah.
4. Orang – orang yang menyambung shaf pada sholat berjamaah (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam shaf).
5. Para malaikat mengucapkan ‘Amin’ ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah.
6. Orang yang duduk di tempat shalatnya setelah melakukan shalat.
7. Orang – orang yang melakukan shalat shubuh dan ‘ashar secara berjama’ah.
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan.
9. Orang – orang yang berinfak.
10. Orang yang sedang makan sahur.
11. Orang yang sedang menjenguk orang sakit.
12. Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.
info lanjut,sila klik...


Yaasin-pelbagai tafsiran

Ulama Ibnu Jarir mengatakan bahawa Ibnu Abbas (Ibnu Abbas seorang sahabat nabi dan juga seorang periwayat hadis), katanya, kalimah ini adalah salahsatu dari nama Allah. Sahabat yang lain bernama Qatadah mengatakan ia adalah salahsatu dari nama al-Quran. Manakala Sa'id bin Jubair dan beberapa ulama lagi mengatakan Yaasin adalah satu daripada nama Nabi Muhammad SAW; seperti juga Toha, Mustoffa, Muzammil, Ahmad, dan juga Abdullah, adalah nama-nama NAbi Muhammad SAW.

Renungan kami untuk kami sekalian.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW telah bersabda;
"Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga perkara :
1. Sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah)
2. Ilmu yang bermanfaat dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang selalu mendoakannya.

Persoalannya :
1. Kenapa disebut ayat itu anak Adam? bagaimana pula anak Hawa?
2. Adakah doa anak yang soleh saja yang selalu diterima?

Wallahuallam...

Wednesday, July 9, 2008

Hambamu yang lemah

Wahai saudaraku,
janganlah engkau banyak berangan-angan (melamun) agar makrifatullah yang ada dalam dirimu tetap sihat. Tunduklah pandangan matamu dari masalah-masalah haram. Tahanlah nafsumu dari dorongan syawat. Arahkan nafsu makan kepada sesuatu yang halal. Peliharalah hatimu dengan cara muqarabah yaitu mendekatkan diri kepada Allah dengan mengikuti sunah Rasulullah SAW. Jika hal itu bisa dicapai, maka makrifat yang bersih pasti akan engkau miliki juga.
Jika mencari ilmu, maka berniatlah mencari kerana Allah. Sebab jika engkau memiliki ilmu, maka di hatimu senantiasa ada perasaan takut kepada Allah. Sehingga, ketika datang perintah engkau segera melaksanakan. Jika datang larangan, segera engkau menjauhi, lalu merendahkan diri di hadapanNYA. Dengan ilmu, engkau bisa bertawaduk kepada Allah, tidak rakus terhadap apa yang sudah engkau miliki, terdorong berbuat baik, seperti sedekah di jalan Allah yang ikhlas . Serta engkau akan menjadi orang yang sabar dan pandai bersyukur. Peringatan ini untuk anak isteri dan kami jua khasnya. Kami hanya hamba yang dhaif lemah.

Friday, June 27, 2008

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW yang telah disampaikan pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijiriyah dilembah Gunung Arafat.

Wahai Manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan DIA pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan di larang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah ALLAH, dirikanlah solat 5 kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjalah ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lain ya kecuali taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-sekali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al Quran dan Sunahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula yang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambamu.

disampaikan dari saudara Matnoor Yunus WP Labuan,untuk disampaikan kepada yang lain...

Saturday, June 21, 2008

Pokok yang rukuk.

Ini pokok memang aku hormati,sudahlah patuh,dia akui lagi dia ini hamba,hairan juga ya?http://zmkwest.blogspot.com/search?updated-max=2008-06-14T19%3A30%3A00-07%3A00&max-results=10

Friday, June 20, 2008

Ibadah Puasa

Puasa dalam bahasa Arab disebut as-Shaum bermakna imsak atau menahan diri. Menurut pengertian bahasa,apa sahaja yang bentuknya menahan diri ianya dinamakan puasa, seperti Maryam (ibu Nabi Isa AS) menyatakan dirinya berpuasa kerana tidak mahu bercakap dengan orang lain yang berjumpa dengannya dan menuduhnya berbuat zina kerana melahirkan anak tanpa suami. Adapun puasa menurut istilah syariat ialah "menahan diri daripada melakukan segala perkara yang membatalkan puasa, bermula dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari dengan berniat. Dengan dekatnya ketibaan bulan ramadhan ini,mulailah kita semua membayar puasa-puasa yang tertunda pada tahun lepas, selamat membayar puasa.

Adab berdoa

Doa kita kepada Allah SWT mestilah dengan adab tertibnya,
1.Jauhi yang telah diharamkan,baik makanan,minuman dan pakaian.
2.Penuh keihklasan hati yang telus.
3.Afdal didahului dengan solat.
4.Mengucap kalimat tahmid,shalawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW pada awal dan akhir do.
5.Kyusuk serta tenang,jangan gelojoh.
6.Dengan suara rendah dan menharap sepenuh hati iaitu yakin.
7.Di ulangi berapa kali tanpa putus asa.
8.Menghadirkan hati pada Allah SWT semasa berdoa,jangan lalai.
9.Jangan berdoa untuk berbuat dosa.
10.Jangan berkata "aku telah berdoa,tetapi tida diperkenankan oleh Allah SWT".
Dipetik dari kitab TUHFATTUDC DZAAKLRIIN muka surat 34,karangan Muhaddits (ahli hadis) Muhammad bin Ali Asy-Syaukani