Sunday, August 30, 2009

Nyata pada hambaNYA, Ghaib pada zatNYA?

Sedangkan binatang pun berzikir memuji Allah, apa lagi kita, manusia
yang diberikan akal fikiran.


Kita semua adalah sama saja, tiada yang lebih atau yang kurang. Kita bukanlah Insanul Kamil, namun kita cuma diberikan contoh untuk mengikutinya. Apakah yang membezakan kita semua?,

Amat sedih manusia hanya menilai sesama sendiri dari segi luaran sahaja. Seperti contoh, Haji, (maafkan saya, saya sebenarnya Haji). Jika kita sudah mengerjakan rukun Islam ke5, maka sempurnalah rukun kita, dan sempurnalah kita. Maka, wajarlah kita dihormati dan diberikan sebentuk penghargaan? adakah Haji jawapannya? perlukah balasan?

Jika kita beramal dengan amalan khusus, contohnya amalan penyucian, bila kita telah menjalani amalan itu, adakah kita telah bersih segalanya dan martabat kita akan diangkatkan? perlu lagikah balasan?

Kenapa kita semua mengharapkan balasan dan imbuhan? apa yang kita buat bukan kerana Allah SWT?

Alahai, malu aku dengan diriku, sedangkan aku pun tidak dapat membalas sebiji mata pemberian Allah SWT, inikan pula menaikkan martabatku? malah Allah yang menaikkan diriku, tapi aku tetap tidak mengakuinya, kerana itu bukan aku sebenarnya. DIA yang memartabatkan DiriNYA jua. Jadi kita dimana?

Adakah bila melakukan amalan hijau, kita di makam hijau?lain lagi martabatnya, kalau begitu ceritanya, kita pula yang memutuskan keadaan kita sendiri, sedangkan islam itu sejahtera untuk semua.

Allah Maha Penyayang dan Maha Pengasih, sedangkan doa orang kafir pun dimakbulkanNYA, lepas itu, mereka ini diingatkan janji mereka dahulu semasa di alam roh dengan azan 5 kali sehari, lepas itu, diberikan peluang untuk mengucap kalimah jika ada hidayahNYA dikala nazaknya orang kafir?

Jadi dengan ketibaan bulan Ramadhan Al mubarak ini, kita berebut-rebut mencari pahala? habis sahaja bulan Syawal, kita berebut-rebut mencari dosa?

Tapi adakah bulan Ramadhan ini saja kita mencari pahala? bulan-bulan yang lain macamana? inilah masalahnya, ramai yang tidak faham dan hanya faham membaca dan menghafal sahaja.

Kita sudah lupa konsep ikhlas,

dan kita sudah lupa konsep berserah,

dan kita sudah lupa konsep redha,

tapi pandai bercakap saja macam aku,

aku pandang diriku, baru aku pandang kamu,

Wallahuallam,

Kami hanya Hamba yang dhaif lagi hina.

Thursday, August 20, 2009

Puasa

Sentiasa menyendiri melihat kealpaan kami.

Konsep berpuasa bukan hanya berkisar pada bulan Ramadhan, bahkan telah wujud disetiap hari pada kehidupan kita. 

Contohnya, bila kita solat, kita akan berpuasa dari makan, minum dan apa saja yang membatalkan solat kita. Kenapa masa itu harus kita berpuasa semasa solat?, nyatalah, kita sebenarnya telah diajar lebih awal akan keujudan sang nafsu segala-galanya.

Malah, ketika kita solat pun, dalaman batin kita harus berpuasa, semua tumpuan hanya untuk Allah Yang Maha Besar, ketika itu, hanya DIA saja yang kita ingat, kusyuk, dan bukan ingat akan kewujudan diri kita yang berpaut dengan dunia ini. Kita telah diingatkan dan diberitahu, hanya dengan berpuasa saja kita mampu melawan si sang nafsu.

Benar, iblis dan syaitan akan diikat dan kurung pada bulan Ramadhan ini. Namun, nafsu kedirian manusia masih ada dan menebal pada anak Adam.

Cuba lihat ketika hendak bersungkai?, pelbagai juadah yang nafsu minta, betulkan? banyak demand nafsu itu.

Dan nafsu ini pun pintar juga, ketika kita berpuasa, berpura-pura dia kelemasan dan kepenatan konon. Seolah-olah, menunjukkan sedang tekun berpuasa dan beramal didepan orang ramai, sedangkan maksudnya hanya menunjuk-nunjuk saja kealimannya.

Sedarkah kita mainan nafsu begitu halus? 

KAMI hanya mengingatkan diriku dan dirimu. Aku sedar akan kealpaan dan kekuranganku, justeru itu, ku mohon agar janganlah kami dilupai oleh MU ya Allah Maha Kuasa, apalah daya kami sebenarnya, yang masih dibawah jajahanMU.

Saturday, August 15, 2009

Azazil dan Iblis

Tiada bezanya kita di darat dan di laut, hanya kesedaran kita yang membezakan.

Di awal kejadian kita, masa iblis yang masih bernama Azazil, salah satu malaikat yang paling utama. Beliau adalah ketua segala para malaikat, Azazillah malaikat yang pertama yang akan menerima segala bentuk perintah dari Allah SWT. Beliau amat patuh pada Allah SWT, malah Azazillah telah menjadi contoh terbaik kepada semua para malaikat.

Masa itu, Azazil telah mengenal Allah SWT, malah bukan sahaja mengenal, bahkan telah berdepan dengan penciptaNYA. Kedudukan Azazil melebihi segala makrifat yang setakat mengenal, malah lebih hebat dari segala-segalanya. Kefahaman makrifat Azazil mengatasi segalanya, dia bukan saja mengenal, malah selalu bertemu Allah SWT.

Namun, hanya kerana hiprokitnya Azazil yang enggan tunduk dengan ADAM (bukan nabi Adam), Azazil mulai mewujudkan dirinya yang berilmu berserta egoisnya. Azazil enggan patuh dengan suruhan Allah SWT. Azazil engkar akan perintah Allah dan Azazil melawan fitrah rutin yang mengakui segala suruhan Allah.

Azazil lupa itulah cubaan/dugaab Allah pada Azazil, walaupun anggapannya, Malaikat Azazil lebih mulia penciptaannya dari api berbanding ADAM dengan 4 unsurnya. Mesej disebaliknya ialah, apa yang ada pada ADAM adalah ilmu Allah yang tersembunyi pada ADAM, kerana Allah ada di dalam ADAM.

Lalu Allah murka dan melaknat Azazil lalu bertukarlah namanya kepada IBLIS. Permohonan IBLIS cukup mudah, iaitu dia berjanji dengan Allah SWT akan menyesatkan anak ADAM hingga kiamat, dan permintaannya dimakbulkan oleh Allah SWT.
Malah setiap kali Iblis menggoda anak ADAM, iblis terpaksa menghadap dan bermohon pada Allah SWT, bolehkah beliau menjalankan tugasnya menyesatkan anak ADAM?, jika permohonan iblis itu diluluskan, barulah iblis akan mengoda anak Adam dan bukan ikut sesuka hatinya.

Mari kita hayati :

1. Azazil telah mengenal dan berdepan Allah SWT setiap masa, tapi kenapa tewas juga Azazil dengan ujian Allah SWT, sedangkan kita yang baru belajar makrifatullah, yang baru mengenal secara ilmunya pun masih belum kukuh 100%, masih goyah atas keyakinan haq.

2. Mulianya Azazil masa itu, sehingga beliau dilantik ketua para malaikat, akhirnya kalah juga dengan kelalaiannya dengan mewujudkan dirinya iaitu nafsu mengakui aku. Malaikat ada nafsu?

3.Walaupun dilaknat oleh Allah SWT, Iblis tetap bermohon kepada Allah SWT bila hendak melaksanakan tugasnya menyesatkan anak Adam, Iblis pun berdoa? Dia pun hamba Allah juga.

Astagfirullahalhazim,
Wallahuallam,
Kami hanya hamba yang bodoh,
Berikanlah kami kefahaman, dimana kefahaman ini adalah sebaik-baik rezki untuk kami,amin.

Tuesday, June 30, 2009

Alhamdulillah, syukur

Allah berfirman kepada para MalaikatNYA, "Pergilah kepada hambaKU. Lalu timpakanlah bermacam-macam ujian kepadanya kerana AKU mahu mendengar suaranya"

Dengan nama Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguh orang yang tunduk patuh berserah diri (penyerahan) kepada qada'KU, redha dengan hukumanKU dan bersabar atas ujian dari cubaanKU, akan AKU bangkitkan dirinya pada hari kiamat kelak bersama-sama dengan orang yang mempunyai martabat siddiqin.

Sekiranya AKU uji salah seorang hambaKU yang beriman, lalu ia memujiKU atas ujian itu, berilah pahala baginya, sebagaimana pahala yang biasa kamu berikan, (atas amalan yang mereka lakukan)

Saturday, May 16, 2009

Doa Kami Untuk Kamu


Doa dari hati yang tulus



Diriwayatkan dari Anas radhiyallahu anhu, bahawa seseorang bersama dengan Nabi Muhammad SAW, lalu ada orang lain yang lewat, maka ia berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mencintai (orang) ini. Maka Nabi Muhammad SAW berkata kepadanya, "Apakah kamu telah memberitahu kepadanya? Ia berkata, "TIDAK". Nabi Muhammad SAW bersabda, "Beritahulah ia." Maka orang yang bersama Nabi tersebut menemuinya dan berkata, "Sesungguhnya aku mencintaimu kerana Allah." Lalu orang itu menjawab, "Semoga kaupun dicintai oleh Allah yang keranaNYA, kau mencintaiku"

Soal jawab penting dalam kehidupan seorang muslim



Perjalanan yang mesti ditempuhi

  • Dari manakah seorang muslim mengambil aqidahnya? seorang muslim mengambil aqidahnya dari KItabullah (Al-Quran) dan Sunnah Nabi Muhammad SAW (Hadist) yang shahih yang beliau tidak berbicara menurut kemahuan hawanafsunya.
  • Ada berapa tingkatan agama islam? Tingkatan Agama Islam ada tiga; iaitu Islam,Iman dan Ihsan.
  • Apakah erti Islam, dan ada berapa rukunnya? Islam artinya, berserah diri kepada Allah SWT dengan tauhid, tunduk kepadaNYA dengan ketaatan dan berlepas diri dari syirik dan pelakunya. Rukunnya ada 5, Nabi Muhammad SAW bersabda;"Islam itu didirikan di atas 5 perkara, iaitu bersaksi bahawa tidak tuhan yang HAQ kecuali Allah, dan Muhammad adalah utusan Allah, menunaikan solat, membayar zakat, melaksanakan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan" (Muttafaq'Alaihi).
  • Apakah erti iman itu dan ada berapa rukunnya? Iman artinya, keyakinan hati, ucapan lisan, dan amalan anggota badan. Bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan. Allah SWT berfirman;"supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada)". Rasulullah SAW bersabda ; "Iman itu ada 7 puluhan cabang. Cabang yang tertinggi adalah ucapan "Laa ilaaha illallah" (tidak ada tuhan yang HAQ kecuali Allah) dan yang paling rendah adalah menjauhkan gangguan dari jalan. Rasa malu adalah salah satu cabang dari keimanan. (HR Muslim). Ini diperkuat oleh apa yang dirasakan seorang muslim dalam dirinya berupa sikap semangat dalam ketaatan tatkala berada pada musim-musim kebaikan, dan rasa malas pada musim-musim tersebut ketika melakukan kemaksiatan. Allah SWT berfirman; "Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk"(Hud:114). Ada pun rukunnya ada 6. Rasulullah SAW bersabda:"iaitu agar engkau beriman kepada Allah,para MalaikatNYA,kitab-kitabNYA,para rasulNYA,hari Kiamat,dan kepada takdir,baik mahupun buruknya" (HR Bukhairi).
  • Apa makna (Laa Ilaaha Illallah)? Maknanya iaitu meniadakan hak ibadah bagi selain Allah,(nafikan diri dan matikan diri), dan menetapkannya hanya untuk Allah yang Maha Esa semata.
  • Apakah Allah SWT bersama kita/berserta kita? Ya benar, Allah SWT bersama kita dengan pengetahuan, pendengaran, penglihatan,penjagaan, peliputan, kekuasaan dan kehendakNYA. Ada pun zatNYA tidak bercampur dengan zat makhluk dan tidak ada satu makhluk pun yang boleh meliputiNYA.

Saturday, May 9, 2009

Hjh Warnih Bte Hj Rahmat : hari-hariku adalah hari ibu.

Ibu, kamulah segala pada diri ini,kamulah yang mendewasakan seorang insan.
Doa kami untuk ibu bukan setakat hari ibu saja,malah setiap hari,setiap solatku,setiap hembusan nafasku kerana kami faham ia adalah wakil Wali Allah.
Ampunkanlah dosa ku ya ibuku,
Kami takut,kami tidak berkesempatan melafazkannya.
Ya Allah,segala amalan baikku berupa pahala pada diri ini,maka ku berikan kepada Ibu semuanya,hanya Ibuku sahaja layak menerima segala-galanya,biarlah aku kosong segalanya.

Al fatihah......

7 nafsu pada diri terpiri kita semua

Kita semua mempunyai 7 nafsu yang wujud dalam diri kita. Sudah menjadi tugas kita sebagai si penanggong rahsia untuk memahami dan mengawal nafsu itu, kerana ia amat penting bila kita akan berdepan ujian terbesar kita iaitu Sakratulmaut.
Nafsu ini letaknya dicabang hati manusia. Ianya bertindak sebagai dinding (hijab) perhubungan di antara manusia dengan Allah SWT.
Justeru itu,kita kena memastikan hijab-hijab ini pecah sehingga ianya sampai ke martabat hardat Allah SWT, dan masa itulah bebaslah diri batin manusia untuk bertemu dengan Allah SWT.
Jikalau manusia itu gagal memecahkan 7 napsu itu tadi,kita tidak mungkin dapat kembali kepada Tuhannya semasa hidup (masih bernapas) atau mematikan dirinya sebelum mati.
Bila nafsu ini dapat dikawal,maka 7 napsu ini akan mengakui bahawa Allah itu adalah tuhan mereka. Begitulah degilnya 7 nafsu ini yang bersarang di sarong badan kita. Mereka tetap akan pendirian mereka iaitu aku....
Wallahuallam...

Wednesday, April 29, 2009

Rahsia Diri Terpiri

Apakah yang dimaksudkan dengan dua kalimah syahadat spt yg kita ucapkan yang berbunyi :

“Naik saksi aku bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan naik saksi pula aku bahawa Muhammad itu pesuruh Allah”

"Apakah dgn ucapan ini sudah mencukupi kita sebut dengan lisan saja? Atau dgn kata lain disebut dgn lisan dan ditasdiqkan dgn hati? Hal ini mmg baik, tapi marilah kita kupas erti maksud tujuan dan kenyataan dengan lebih mendalam lagi.

Seperti yg dikata “TIADA TUHAN HANYA ALLAH”: itu adalah yg dimaksudkan dgn “ROH” yg berbekas pd jasad kita. Dan yg dimaksudkan dgn “MUHAMMAD PESURUH ALLAH”. Nyata pula dari ‘Pesuruh’ itu adalah “TUBUH atau JASAD YG BARU”. Sbg menghampiri pengertian, gerakkan tangan kita. Nyatalah siapa yg bergerak itu? Apakah tangan dpt bergerak? Tentunya gerakkan anggota itu adalah “ROH” sehingga dpt bergerak. Nyatalah skg tubuh atau jasad kita berdiam dan bergerak kesemuanya kerana “ROH” tadi.

Inilah yg dimaksudkan “KUPASAN” drpd dua kalimah syahadat. Yang menyuruh dan yang disuruh. Kerana pada tubuh kita pada hukumnya MATI. Hal ini dpt kita sesuaikan dgn erti “DIRI DZAHIR” dan “DIRI BATIN”. Diri dzahir adalah tubuh atau jasad kita yg nyata dan diri Batin itu adalah Roh Yang Hidup atau dinamakan jua NYAWA atau JIWA.

Tentunyalah si mati tadi mendapat “bekas” drpd si Hidup. Maka berlakulah “KEBESARAN TUHAN” spt Mendengar, Melihat, Mencium dan Merasa. Nyatalah dari kelakuan situbuh zahir tadi menyatakan dari sifat diri Batin dgn berlakunya Qudrat dan Iradat dari Zat yang Qadim. Dan diri batin tempat menyatakan “kekuasaan Allah” seperti ;

ZAT, SYIFAT, ASMA’, AF’AL,QUDRAT,IRRADAT,ILMU,HAYAT,SAMA,BASHOR & QALAM

Sunday, January 25, 2009

Penyerahan dan kesedaran.

Kita semua adalah manusia yang sama saja tarafnya, walaupun warna kulit,wajah dan fizikal yang membezakannya, namun akal & nafsu masih ada pada setiap pada setiap mahkluk Adam.
Kita semua sedar yang kita mempunyai ilmu, tetapi selalu alpa, bahawa segalanya bukan hak milik kita semua. Cuba renungkan ?

Tubuh/Jasad : tidak akan bergerak tanpa ada isi dalam iaitu "roh". Lagipun, fungsi jasad ini hanyalah "sarong" saja, dan ini adalah jasad yang mati, cuba ia bergerak oleh si roh.
Roh : tidak akan bergerak tanpa arahan atau ilmu dariNYA. Lagipun "roh" itu hanyalah urusan Allah, sehingga bila kita tidur pun kita tidak bole mengawal diri dari bermimpi, sedangkan bila bermimpi itulah "roh" kita terlepas tanpa kerelaan kita.

Jadi dimana kita punya?
Mana satu kita punya?
Mana satu hak Allah pula?

Justeru itulah penyerahan dan kesedaran perlu ada...
Kita ini langsung tidak ada...
Satu pun tidak ada pada kita sekarang, jika diwujudkan jua, maka jatuhlah kesyirikan kita dengan memwujudkan "Aku", yang mana sering suarakan oleh "napfsu".
Yang ada hanya Allah SWT, Maha Suci Agung.

Wednesday, January 21, 2009

Keutamaan Menbaca Al-Quran

Al-Quran adalah kalamullah (firman Allah). Keutamaannya atas segala perkataan seperti keutamaan Allah SWT atas seluruhnya makhluk-Nya. Menbacanya adalah amalan yang paling utama dilakukan oleh lisan.
Di antara keutamaan mempelajari, mengajarkan dan membaca Al-Quran:

1.Pahala mengajarkannya : Sabda Nabi Muhammad SAW:"Sebaik-baik kalian adalah siapa yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya"-(Al-Bukhari)
2.Pahala membacanya : Sabda Nabi Muhammad SAW;"Siapa saja membaca 1 huruf dari kitab Allah (Al-Quran), maka baginya 1 kebaikan & 1 kebaikan itu dibalas dengan 10 kali lipatnya"-(HR,At-Tirmizi)
3.Keutamaan mempelajari Al-Quran, menghafal dan pandai membacanya:Sabda Nabi Muhammad SAW:"Dikatakan kepada ahli Al-Quran,'bacalah,naiklah & bacalah dengan tartil sebagaimana kamu membaca di dunia, kerana kedudukanmu terletak pada akhir ayat yang kamu baca".
4.Pahala bagi orang yang anaknya mempelajari Al-Quran.
5.Al-Quran memberi syafaat kepada ahlinya di Akhirat.
6.Pahala bagi orang yang berkumpul untuk membaca & mengkajinya.

Tuesday, January 6, 2009

Taman Neraka


Neraka akan dimasuki oleh orang kafir, kemudian orang mukmin yang berdosa dan kemudian orang munafik. Dari setiap 1000 orang yang masuk adalah 999 orang. Neraka mempunyai 7 pintu.
Apinya lebih panas 70 x dari api dunia. (Api gunung berapi hanya secebis saja dari api neraka). Tubuh orang kafir di dalam neraka menjadi besar agar merasakan pedihnya siksaan. 


Gigi gerahamnya sebesar gunung Uhud di Madinah, kulitnya menjadi tebal, setiap kulit yang hangus akan diganti dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan siksaan. Minuman mereka adalah air yang sangat panas dapat mencabik-cabik usus mereka. Makanan mereka adalah pohon Zaqqum (sejenis pohon yang tumbuh di neraka), Ghislin (darah dan nanah yang keluar dari penghuni neraka), dan Shadid (darah yang bercampur nanah).
Dalam neraka terdapat pembakaran kulit, pelelehan, penhangusan, penyeretan, belenggu dan rantai.
Neraka dasarnya sangat dalam sekali, sehingga sekiranya seorang anak yang baru lahir dilemparkan ke dalamnya, setelah 70 tahun baru mencapai dasarnya.


Bahan bakarnya adalah orang-orang kafir dan batu, udaranya adalah angin yang sangat panas, naugannya adalah asap yang hitam pekat, pakaiannya api yang memakan segala sesuatu tanpa meninggalkan sisa. Ia mengeram, bergemertak dan membakar kulit hinga ke tulang dan jantung.

Thursday, January 1, 2009

Alhamdulillah....


Alhamdulillah,
pada 20hb Disember 2008, kami telah selamat tiba di tanah air setelah mengerjakan rukun haji. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tabung Haji yang telah berkerja keras memastikan semua jemaah haji Maktab 72 di Hotel Janadriyah, Mekah dapat mengerjakan ke semua rukun haji, syabas kami ucapkan kepada semua kakitangan Tabung Haji terutamanya Haji Nasir, ketua Maktab 72. Beliau seorang yang bertanggungjawab malah bantuan yang diberikan tidak pernah putus, sehingga di Mina, beliau hanya dapat tidur pada jam 3 pagi, hanya semata-mata melayan kerenah jemaah-jemaah haji. Memang banyak cabaran di tanah suci, dugaan yang ketara ialah bila di Arafah, Mudzalifah & Mina. Alhamdulillah, dengan rahmat dan kasih sayang Allah SWT dapat juga kami mengharungi cabaran dan dugaan tersebut. Kami amat bersyukur ke hadrat Allah SWT, dengan hamba yang seperti kami yang dhaif lagi hina yang membawa banyak amal buruk ke tanah suci mu, Allah SWT tetap membantu kami, alhamdulillah.