Sunday, August 10, 2008

Nisfu Sya'ban

Apabila tiba malam Nisfu Sya'ban, maka bangunlah kamu pada malamnya: bersolat, beribadat dan berpuasalah kamu pada siangnya. Allah berfirman adakah orang meminta ampun maka Aku ampunkannya. Adakah orang yang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka aku rezekikannya.
Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Sya'ban pada 6 orang:
  1. Orang yang kekal minum arak.
  2. Orang yang derhaka kepada kedua ibubapanya.
  3. Orang yang kekal dalam berzina.
  4. Orang yang banyak berkelahi.
  5. Orang yang berniaga dengan sumpah palsu.
  6. Orang yang mengadu domba.
Amalan yang dianjurkan pada malam Nifsu Sya'ban.
  1. Selepas solat Maghrib, membaca surah Yaasin 3 x.
  2. Perbanyakan beristighfar.
  3. Perbanyakan selawat nabi.
  4. Berzikir, bersedekah dan berpuasa.

No comments: