Saturday, May 16, 2009

Doa Kami Untuk Kamu


Doa dari hati yang tulus



Diriwayatkan dari Anas radhiyallahu anhu, bahawa seseorang bersama dengan Nabi Muhammad SAW, lalu ada orang lain yang lewat, maka ia berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mencintai (orang) ini. Maka Nabi Muhammad SAW berkata kepadanya, "Apakah kamu telah memberitahu kepadanya? Ia berkata, "TIDAK". Nabi Muhammad SAW bersabda, "Beritahulah ia." Maka orang yang bersama Nabi tersebut menemuinya dan berkata, "Sesungguhnya aku mencintaimu kerana Allah." Lalu orang itu menjawab, "Semoga kaupun dicintai oleh Allah yang keranaNYA, kau mencintaiku"

Soal jawab penting dalam kehidupan seorang muslim



Perjalanan yang mesti ditempuhi

  • Dari manakah seorang muslim mengambil aqidahnya? seorang muslim mengambil aqidahnya dari KItabullah (Al-Quran) dan Sunnah Nabi Muhammad SAW (Hadist) yang shahih yang beliau tidak berbicara menurut kemahuan hawanafsunya.
  • Ada berapa tingkatan agama islam? Tingkatan Agama Islam ada tiga; iaitu Islam,Iman dan Ihsan.
  • Apakah erti Islam, dan ada berapa rukunnya? Islam artinya, berserah diri kepada Allah SWT dengan tauhid, tunduk kepadaNYA dengan ketaatan dan berlepas diri dari syirik dan pelakunya. Rukunnya ada 5, Nabi Muhammad SAW bersabda;"Islam itu didirikan di atas 5 perkara, iaitu bersaksi bahawa tidak tuhan yang HAQ kecuali Allah, dan Muhammad adalah utusan Allah, menunaikan solat, membayar zakat, melaksanakan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan" (Muttafaq'Alaihi).
  • Apakah erti iman itu dan ada berapa rukunnya? Iman artinya, keyakinan hati, ucapan lisan, dan amalan anggota badan. Bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan. Allah SWT berfirman;"supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada)". Rasulullah SAW bersabda ; "Iman itu ada 7 puluhan cabang. Cabang yang tertinggi adalah ucapan "Laa ilaaha illallah" (tidak ada tuhan yang HAQ kecuali Allah) dan yang paling rendah adalah menjauhkan gangguan dari jalan. Rasa malu adalah salah satu cabang dari keimanan. (HR Muslim). Ini diperkuat oleh apa yang dirasakan seorang muslim dalam dirinya berupa sikap semangat dalam ketaatan tatkala berada pada musim-musim kebaikan, dan rasa malas pada musim-musim tersebut ketika melakukan kemaksiatan. Allah SWT berfirman; "Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk"(Hud:114). Ada pun rukunnya ada 6. Rasulullah SAW bersabda:"iaitu agar engkau beriman kepada Allah,para MalaikatNYA,kitab-kitabNYA,para rasulNYA,hari Kiamat,dan kepada takdir,baik mahupun buruknya" (HR Bukhairi).
  • Apa makna (Laa Ilaaha Illallah)? Maknanya iaitu meniadakan hak ibadah bagi selain Allah,(nafikan diri dan matikan diri), dan menetapkannya hanya untuk Allah yang Maha Esa semata.
  • Apakah Allah SWT bersama kita/berserta kita? Ya benar, Allah SWT bersama kita dengan pengetahuan, pendengaran, penglihatan,penjagaan, peliputan, kekuasaan dan kehendakNYA. Ada pun zatNYA tidak bercampur dengan zat makhluk dan tidak ada satu makhluk pun yang boleh meliputiNYA.

Saturday, May 9, 2009

Hjh Warnih Bte Hj Rahmat : hari-hariku adalah hari ibu.

Ibu, kamulah segala pada diri ini,kamulah yang mendewasakan seorang insan.
Doa kami untuk ibu bukan setakat hari ibu saja,malah setiap hari,setiap solatku,setiap hembusan nafasku kerana kami faham ia adalah wakil Wali Allah.
Ampunkanlah dosa ku ya ibuku,
Kami takut,kami tidak berkesempatan melafazkannya.
Ya Allah,segala amalan baikku berupa pahala pada diri ini,maka ku berikan kepada Ibu semuanya,hanya Ibuku sahaja layak menerima segala-galanya,biarlah aku kosong segalanya.

Al fatihah......

7 nafsu pada diri terpiri kita semua

Kita semua mempunyai 7 nafsu yang wujud dalam diri kita. Sudah menjadi tugas kita sebagai si penanggong rahsia untuk memahami dan mengawal nafsu itu, kerana ia amat penting bila kita akan berdepan ujian terbesar kita iaitu Sakratulmaut.
Nafsu ini letaknya dicabang hati manusia. Ianya bertindak sebagai dinding (hijab) perhubungan di antara manusia dengan Allah SWT.
Justeru itu,kita kena memastikan hijab-hijab ini pecah sehingga ianya sampai ke martabat hardat Allah SWT, dan masa itulah bebaslah diri batin manusia untuk bertemu dengan Allah SWT.
Jikalau manusia itu gagal memecahkan 7 napsu itu tadi,kita tidak mungkin dapat kembali kepada Tuhannya semasa hidup (masih bernapas) atau mematikan dirinya sebelum mati.
Bila nafsu ini dapat dikawal,maka 7 napsu ini akan mengakui bahawa Allah itu adalah tuhan mereka. Begitulah degilnya 7 nafsu ini yang bersarang di sarong badan kita. Mereka tetap akan pendirian mereka iaitu aku....
Wallahuallam...