Tuesday, June 30, 2009

Alhamdulillah, syukur

Allah berfirman kepada para MalaikatNYA, "Pergilah kepada hambaKU. Lalu timpakanlah bermacam-macam ujian kepadanya kerana AKU mahu mendengar suaranya"

Dengan nama Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguh orang yang tunduk patuh berserah diri (penyerahan) kepada qada'KU, redha dengan hukumanKU dan bersabar atas ujian dari cubaanKU, akan AKU bangkitkan dirinya pada hari kiamat kelak bersama-sama dengan orang yang mempunyai martabat siddiqin.

Sekiranya AKU uji salah seorang hambaKU yang beriman, lalu ia memujiKU atas ujian itu, berilah pahala baginya, sebagaimana pahala yang biasa kamu berikan, (atas amalan yang mereka lakukan)

2 comments:

Puteri An-Ansar said...

Apakah maknanya memuji-NYA atas ujian yang diberikan ? Mengapa?

cinta kita said...

kita hanya HambaNYA,
kita dijadikan semata-mata menjadi suruhanNYA,kita telah diamanahkan segala suruhanNYA. Inilah pefahaman sebenarnya hamba, selalu berkhidmat dengan tuannya, bukan mengakui yang kita wujud, yang wujud hanya Allah, kita sebenarnya tiada. Dan jika kita terpilih atas tugasan itu, kita harus bersyukur kepadaNYA, kita yang terpilih atas sifat redhaNYA kepada kita sebagai hambaNYA.
wallahuallam