Saturday, August 15, 2009

Azazil dan Iblis

Tiada bezanya kita di darat dan di laut, hanya kesedaran kita yang membezakan.

Di awal kejadian kita, masa iblis yang masih bernama Azazil, salah satu malaikat yang paling utama. Beliau adalah ketua segala para malaikat, Azazillah malaikat yang pertama yang akan menerima segala bentuk perintah dari Allah SWT. Beliau amat patuh pada Allah SWT, malah Azazillah telah menjadi contoh terbaik kepada semua para malaikat.

Masa itu, Azazil telah mengenal Allah SWT, malah bukan sahaja mengenal, bahkan telah berdepan dengan penciptaNYA. Kedudukan Azazil melebihi segala makrifat yang setakat mengenal, malah lebih hebat dari segala-segalanya. Kefahaman makrifat Azazil mengatasi segalanya, dia bukan saja mengenal, malah selalu bertemu Allah SWT.

Namun, hanya kerana hiprokitnya Azazil yang enggan tunduk dengan ADAM (bukan nabi Adam), Azazil mulai mewujudkan dirinya yang berilmu berserta egoisnya. Azazil enggan patuh dengan suruhan Allah SWT. Azazil engkar akan perintah Allah dan Azazil melawan fitrah rutin yang mengakui segala suruhan Allah.

Azazil lupa itulah cubaan/dugaab Allah pada Azazil, walaupun anggapannya, Malaikat Azazil lebih mulia penciptaannya dari api berbanding ADAM dengan 4 unsurnya. Mesej disebaliknya ialah, apa yang ada pada ADAM adalah ilmu Allah yang tersembunyi pada ADAM, kerana Allah ada di dalam ADAM.

Lalu Allah murka dan melaknat Azazil lalu bertukarlah namanya kepada IBLIS. Permohonan IBLIS cukup mudah, iaitu dia berjanji dengan Allah SWT akan menyesatkan anak ADAM hingga kiamat, dan permintaannya dimakbulkan oleh Allah SWT.
Malah setiap kali Iblis menggoda anak ADAM, iblis terpaksa menghadap dan bermohon pada Allah SWT, bolehkah beliau menjalankan tugasnya menyesatkan anak ADAM?, jika permohonan iblis itu diluluskan, barulah iblis akan mengoda anak Adam dan bukan ikut sesuka hatinya.

Mari kita hayati :

1. Azazil telah mengenal dan berdepan Allah SWT setiap masa, tapi kenapa tewas juga Azazil dengan ujian Allah SWT, sedangkan kita yang baru belajar makrifatullah, yang baru mengenal secara ilmunya pun masih belum kukuh 100%, masih goyah atas keyakinan haq.

2. Mulianya Azazil masa itu, sehingga beliau dilantik ketua para malaikat, akhirnya kalah juga dengan kelalaiannya dengan mewujudkan dirinya iaitu nafsu mengakui aku. Malaikat ada nafsu?

3.Walaupun dilaknat oleh Allah SWT, Iblis tetap bermohon kepada Allah SWT bila hendak melaksanakan tugasnya menyesatkan anak Adam, Iblis pun berdoa? Dia pun hamba Allah juga.

Astagfirullahalhazim,
Wallahuallam,
Kami hanya hamba yang bodoh,
Berikanlah kami kefahaman, dimana kefahaman ini adalah sebaik-baik rezki untuk kami,amin.

3 comments:

Puteri An-Ansar said...

Jika seseorang hamba Allah telah tersesat dari JalanNYA, telah melakukan dosa besar tetapi amat malu untuk kembali padaNYA kerana beranggapan telah ada noda pada dirinya, dan akhirnya terus membiarkan diri terjerumus kearah noda dan dosa yang lebih jauh. Apakah pendapat Tuan tentang hal ini?

cinta kita said...

kita harus sedar, apalah daya kita sebagai hambanya. hanya yang kita minta agar diberikan hidayah berterusan serta keredhaanNYAb

Nur said...

bila kita sedar dan mengakui akan kesalahan itu, maka kembalilah mengingatiNYA, mohon padaNYA dan bukan meminggirkan diri dariNYA. Allah SWT adalah Maha Penyayang, DIA suka mendengar akan rintihan kita yang memohon pertolongan dariNYA. Hanya DIA yang berhak diminta dan bukan bani adam!