Saturday, September 12, 2009

AlFatihah...

Alfatihah...
Pada suatu hari, sekumpulan golongan cerdik pandai telah datang ke rumah Rabi'atul Adawiyah. Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji beliau dengan pelbagai persoalan. Malah mereka telah bersedia dengan satu persoalan yang menarik. Mereka menaruh keyakinan yang tinggi, kerana selama ini Rabi'atul Adawiyah tidak pernah ketandusan hujah.









"Wahai Rabi'atul Adawiyah, semua bentuk kebajikan
yang tinggi-tinggi telah dianugerahkan oleh Allah
kepada kaum lelaki, namun tidak kepada kaum wanita."
Ketua rombongan itu memulakan bicara.



"Buktinya?" Balas Rabi'atul Adawiyah.



"Buktinya ialah, mahkota kenabian dan Rasul telah
dianugerahkan kepada kaum lelaki.Malah mahkota kebangsawanan juga dikurniakan kepada kaum lelaki. Paling penting, tidak ada seorang wanita pun yang telah diangkat menjadi Nabi atau Rasul, malah semuanya dari golongan lelaki." Jawab mereka pula dengan yakin.



"Memang betul pendapat tuan-tuan sekalian. Akan tetapi harus diingat bahawa sejahat-jahat pangkat ada pada kaum lelaki juga. Siapa yang mengagung-agungkan diri sendiri? Siapa yang begitu berani mendakwa dirinya sebagai Tuhan? Dan siapa pula yang berkata : "Bukankah aku ni tuhanmu yang mulia?" Dengan tenang, Rabi'atul Adawiyah membalas hujah mereka sambil merujuk kepada Firaun dan Namrud.

Merujuk perkara di atas, jelaslah :

  1. Rabi'atul Adawiyah bermuzakarah dengan niat ikhlas, beliau jua tidak menolak kebenaran fakta yang dihujahkan, tapi demi ukhuwah ikatan, beliau dengan adab keislamannya, beliau bertukar pendapat untuk kefahaman kesejahteraan keislaman. Namun, adakah kita mencontohi mereka bermuzakarah, masing-masing dengan ke-akuanku dan lupa akan kewujudan kita ini hanya kosong belaka?
  2. Bila diri ini semuanya dikawal oleh nafsu, maka wujudlah "aku" didalam diri ini. Seolah-olah kita lupa, siapa sebenarnya kita? Kita selalu alpa dan lalai bila nafsu ini menyelinap dalam diri kita. Contohnya, bila kita berpuasa, perlukah ditunjukan puasa kita? bila kita solat terawih? perlukah dicanangkan kepada orang lain yang kita berterawih? bila kita bersedekah? perlukah diungkit-ungkit akan sedekah itu?, ingatlah, mainan sang nafsu amat halus, nafsu pun pandai beramal...


Kami mengingatkan diri kami yang bodoh,hina dan dhaif.


Al-fatihah untuk pakcikku Ahmad, semoga beliau ditempatkan di tempat dengan orang-orang soleh dan beruntung. Kami takan lupa ilmu yang pakcik ajarkan, kepada kami selama ini, terima kasih banyak pakcikku, kita jumpa lagi disana. Insya Allah.


Ya Allah, berikan kami kefahaman, dimana kefahaman ini adalah sebaik-baik rezki untuk kami, amin.


No comments: