Tuesday, July 31, 2012

Berserah atau terserah?

Dunia yang tersendiri
Tidak ada manusia yang pandai sendiri, tanpa dia berguru dengan seseorang ataupun dengan sesuatu sumber. Secara logiknya,seseorang itu menjadi pandai kerana ia belajar, dan bila sebut belajar, ia mesti melalui sumber tertentu ataupun dengan seseorang guru. Guru itu, baik samada sesama manusia ataupun dengan makhluk Allah yang lain. Pandainya seseorang itu kerna dia belajar. Kerna ada guru yang memberi tahu kepadanya. Yang mendidik dan memberi panduan kepadanya. Tanpa guru? mustahil dia boleh pandai. Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW manusia yang dipilih dan diistimewakan oleh Allah SWT pun ada gurumya. Baginda berguru dengan Jibrail a.s. di Gua Hiraq. Jibraillah yang bertindak sebagai guru, mengajar Nabi Muhammad SAW membaca KalamuLah pertama yang dizahirkan iaitu, Iqrak. 


Demikian juga dengan para nabi dan Rasul yang terdahulu, mereka juga mempunyai guru tersendiri yang menjadi sumber perantaraan untuk menerima ilmu dan wahyu daripada Allah. Nabi Musa a.s. misalnya, telah berguru dengan Nabi Allah Khidir a.s. Khidirlah yang memberi tunjuk ajar kepada Nabi Musa sehingga Nabi Musa mengerti akan selok belok tentang ilmu ketuhanan. Kesimpulannya disini,sesiapa yang ingin mengenal dirinya sendiri dan diri Allah dia kena belajar. Dia harus mencari seorang guru yang bertindak menjadi petunjuk, pembimbing, pemandu, penasihat dan pembantu kepada perkembangan ilmunya. Tanpa kehadiran seseorang guru, dia pasti terkial-kial mencari ilmu. Dan ramai yang masih beranggapan dengan harapan Allah SWT menganugerahkan kefahaman setakat ini, jadi tidak perlu bersusah payah mendapatkan lebih lagi kerna ini memang takdir mereka,sama seperti Pak Turut yang tidak memahami apa yang mereka buat selama ini. Ingat, pengertian yang demikian melahirkan kecendurangan untuk menyerah bulat-bulat kepada Allah SWT, sikap menyerah tanpa persediaan kerohanian boleh mengoncangkan iman.


Wallahuallam, 


Salam Ramadhan dan maafkan kami.

No comments: