Sunday, August 30, 2009

Nyata pada hambaNYA, Ghaib pada zatNYA?

Sedangkan binatang pun berzikir memuji Allah, apa lagi kita, manusia
yang diberikan akal fikiran.


Kita semua adalah sama saja, tiada yang lebih atau yang kurang. Kita bukanlah Insanul Kamil, namun kita cuma diberikan contoh untuk mengikutinya. Apakah yang membezakan kita semua?,

Amat sedih manusia hanya menilai sesama sendiri dari segi luaran sahaja. Seperti contoh, Haji, (maafkan saya, saya sebenarnya Haji). Jika kita sudah mengerjakan rukun Islam ke5, maka sempurnalah rukun kita, dan sempurnalah kita. Maka, wajarlah kita dihormati dan diberikan sebentuk penghargaan? adakah Haji jawapannya? perlukah balasan?

Jika kita beramal dengan amalan khusus, contohnya amalan penyucian, bila kita telah menjalani amalan itu, adakah kita telah bersih segalanya dan martabat kita akan diangkatkan? perlu lagikah balasan?

Kenapa kita semua mengharapkan balasan dan imbuhan? apa yang kita buat bukan kerana Allah SWT?

Alahai, malu aku dengan diriku, sedangkan aku pun tidak dapat membalas sebiji mata pemberian Allah SWT, inikan pula menaikkan martabatku? malah Allah yang menaikkan diriku, tapi aku tetap tidak mengakuinya, kerana itu bukan aku sebenarnya. DIA yang memartabatkan DiriNYA jua. Jadi kita dimana?

Adakah bila melakukan amalan hijau, kita di makam hijau?lain lagi martabatnya, kalau begitu ceritanya, kita pula yang memutuskan keadaan kita sendiri, sedangkan islam itu sejahtera untuk semua.

Allah Maha Penyayang dan Maha Pengasih, sedangkan doa orang kafir pun dimakbulkanNYA, lepas itu, mereka ini diingatkan janji mereka dahulu semasa di alam roh dengan azan 5 kali sehari, lepas itu, diberikan peluang untuk mengucap kalimah jika ada hidayahNYA dikala nazaknya orang kafir?

Jadi dengan ketibaan bulan Ramadhan Al mubarak ini, kita berebut-rebut mencari pahala? habis sahaja bulan Syawal, kita berebut-rebut mencari dosa?

Tapi adakah bulan Ramadhan ini saja kita mencari pahala? bulan-bulan yang lain macamana? inilah masalahnya, ramai yang tidak faham dan hanya faham membaca dan menghafal sahaja.

Kita sudah lupa konsep ikhlas,

dan kita sudah lupa konsep berserah,

dan kita sudah lupa konsep redha,

tapi pandai bercakap saja macam aku,

aku pandang diriku, baru aku pandang kamu,

Wallahuallam,

Kami hanya Hamba yang dhaif lagi hina.

No comments: