Monday, August 8, 2011

JIKA KAMU INGATKAN AKU, AKU AKAN INGATKAN DIRIMU

Anjung Muzakarah Sufi
Dimana titian kita sebenarnya sekarang?
Sewaktu di alam ROH (alam lu mahfuz), manusia telah berjanji dengan Allah SWT. Perjanjian itu dinamakan perjanjian antara Roh dengan Alah. Ataupun perjanjian diantara Nurullah dengan Nur Muhammad ataupun perjanjian Zat dengan Sifat. Dalam perjanjian atau pengakuan itu, Roh telah bersedia memperakui zat Allah sebagai Allah dan dia sebagai HAMBA.

"APAKAH AKU INI TUHANMU?, MAKA JAWAB SEKALIAN ROH, BAHKAN (YA) ENGKAULAH TUHANKU"- al Araf:172.

Adapun perjanjian ini bukan berat sebelah. Kedua mendapat keuntungan. Baik si Roh mahu pun Zat. Apabila roh telah memperakui yang zat adalah Tuhannya, maka secara automatik dia kena mengingati Zatnya. Disinilah menyebabkan roh diberikan sifat (manusia) untuk menzahirkan diriNYA. Iaitu rahsia zatulhaq (diri sebenar-benar diri).

Disinilah pentingnya perjanjian itu, tanpa perjanjian itu roh tidak akan mempunyai sifat dan zat pula tidak akan wujud dalam sebutan dan ingatan zahir. Kerana roh itu diberikan sifat maka ia hendaklah menjadi penyebut (zikir) kepada zat, dimana ia yang wujud memuji yang GHAIB.

Sekiranya ianya tidak puji dengan zahir, kewujudan zat itu tidak nyata, Ia akan hilang dalam ghaib begitu sahaja. Di sinilah Allah berfirman :"JIKA KAMU INGATKAN AKU, AKU AKAN INGATKAN DIRIMU".

Tujuan kita diberikan sifat,(dizahirkan) adalah untuk memberi tahu (makrifat) kepada diri kita sendir, tentang diriNYA serta untuk mengenali setiap apa yang wujud di atas alam ini. Tanpa adanya sifat diri NYA ini, maka mustahil kita akan dapat berdiri seperti hari ini,makrifat dengan ilmunya.

Kesimpulannya tujuan kita berzikir, mengingati Allah, melakukan amal ibadat adalah untuk mengingatkan kepada diri kita sendiri. Kita melakukan kebaikan kepada diri kita sendiri. kitalah memuji diri kita sendiri dan memulangkan pujian itu kepada diri kita jua, tapi harus sedar, adakah kita wujud tanpaNYA? 

maka pujian itu kembali kepadaNYA jua akhir. (kepada yang faham dan sedar).

"DARI ALLAH KAU DATANG KEPADA ALLAH KAU KEMBALIKAN"-AL BAQARAH:156

1 comment:

Nur said...

berikan aku kefahaman,dimana kefaham ini adalah sebaik2 rezki untuk dan keredhaanmu yg ku pinta,amin