Monday, August 8, 2011

Perjanjian Kita

Kita masih didalam kandungan, selepas keluar dari rahim IBU.
Janganlah kita beranggapan bahawa dengan menunaikan perintah Allah itu adalah untuk kesenangan Allah. Allah sesungguhnya tidak mengharapkan kesenangan itu. Sebaliknya hasil dari amal ibadat kita adalah untuk diri kita sendiri. Jadi kalau kita tidak beramal ibadat, maka kita sendirilah yang rugi. Jadi disini timbul persoalan apakah sebenarnya hubungan kita dengan Allah SWT?

Kalau amal ibadat itu untuk kebaikan kita sendiri, jadi apakah peranan Allah memerintahkan supaya kita melakukan ibadat itu?

Kenapakah Allah bersusah payah memerintahkan kita? Kenapa DIA pandai pandai dan bertanggungjawab memperingatkan kita semua?

Kalau kita kembali kepada hakikat manusia dan hakikat Allah, sebenarnya kedudukan manusia dengan Allah itu saling kait mengait. Perhubungan itu seolah antara dua nama yang mewujudkan satu benda. Perhubungan yang cukup erat,rapat,intim dan akrab sekali (adakah kita sedari?). Umpama hubungan jasad dengan roh,sentiasa bersama,walaupun dimana mana kecuali meninggal dunia.

Perhubungan manusia dengan Tuhan laksana roh dengan jasad. Jika jasad tidak ada,maka roh tidak akan wujud. Begitu juga kalau tidak ada roh, jasad tidak akan bergerak dan dinamakan hidup.
Kerana demikian erat,rapat,intim dan akrablah maka kedua pihak sangat penting dan saling berhubungan diantara satu sama lain. Kewujudan Allah tidak akan diketahui tanpa adanya manusia, dan manusia tidak akan ada tanpa wujudnya Allah. Manusia adalah Maujud kepada yang Wujud. Disini menunjukkkan manusia ada, untuk mengistiharkan kewujudan Allah, dan Allah mengkhalaqkan manusia untuk menunjukkan keadaanNYA dan juga kekuasaanNYA.
Adapun kenapa Allah yang menjadi Rabbi, dan manusia menjadi Abdi, ialah kerana demikian perjanjian asal.

Perjanjian asal ini tidak boleh ditukar ganti ataupun dimansuh-mansuhkan lagi. Kerana perjanjian asal itu bersifat semula jadi (baqa).

Namun harus diingati, kita sering mengulangi perjanjian kita dengan Allah setiap hari. Setiap waktu yang ada 5 waktu dan setiap waktu, kita akan mengucap Kalimah Syahadah. Kalimah yang disebut dan diulang ulang setiap 5 waktu setiap hari. Itulah perjanjian kita dengan Allah SWT. Namun?

adakah kita memahami apa yang kita lafazkan kalimah syahadah setiap waktu?

adakah kita faham apa yang tersurat dan tersirat pada kalimah syahadah?

adakah kita yakin akan ikrar perjanjian kita dengan kalimah syahadah?

No comments: