Sunday, July 31, 2011

Bulan Yang Dijanjikan Akan Dapat Bertemu Dengan Allah SWT

Alhamdulillah atas kurnianNYA
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini
Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
Allah Maha Pengasih & Penyayang, sifatNYA kepada hambanya tidak berbelah bagi. Selagi hambanya berusaha dan berikhtiar mendampingiNYA, DIA akan memberi jalan tersebut kepada hambanya yang tidak berputus asa semata-mata Allah SWT.
Bertemu Allah SWT adalah tujuan kita sebenarnya. Ketepikan syurga dan neraka kerana itu bukanlah tujuan kita. Bulan Ramadhan adalah bulan yang diberikan khusus untuk hambanya. Bulan ini menjanjikan pertemuan dengan Allah SWT dengan syarat, kesemua amalan puasa yang dikerjakan pada bulan Ramadhan itu, hanya kerna DIA sahaja. Justeru itulah, amalan puasa ini hanya Allah SWT yang membalasnya sendiri di alam akhirat kelak.
Inilah salah satu jalan bertemu DIA selain mempelajari dan mengenal DIA, namun tidak dapat diceritakan dengan terperinci kerana ada sebilangannya sungguh sulit diceritakan dan sulit untuk difahami. 
Maka oleh itulah, kami selalu bermohon doa, "Ya Allah, Berikanlah aku kefahaman, dimana kefahaman ini adlah sebaik-baik rezeki untukku".

No comments: